11bulan ago
KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Usaha pembinaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kira-kira 144 kilometer dari sini, dijangka bermula pada April ini.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 11 Feb (Bernama) -- Sabah dijangka muncul sebagai hab tenaga utama di Asia Tenggara susulan pelancaran projek hab tenaga minyak dan gas (O&G) bernilai RM8.88 bilion di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP).
1tahun ago
KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Pelancaran Pos Shop pertama di Sabah diharap akan dapat memenuhi kehendak pelanggan sekali gus memberikan manfaat kepada perusahanan kecil dan sederhana (PKS) bagi menjana pendapatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Petronas telah memindahkan pengendalian Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) kepada ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, anak syarikat kepada syarikat tenaga global ConocoPhillips.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 23 Jan (Bernama) — Pengisytiharan Pelabuhan Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) adalah satu langkah strategik yang mampu membawa potensi luar biasa kepada pertumbuhan ekonomi di Sabah, kata Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya.
1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 23 Jan (Bernama) -- Syarikat perlombongan logam global dari Australia, Fortescue telah bersetuju untuk melabur dalam tenaga alternatif hidrogen hijau di Bintulu, Sarawak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
SIPITANG, 28 Dis (Bernama) -- Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP) yang memperoleh pelaburan kira-kira RM29.87 bilion dijangka mula beroperasi pada 2026 dan 2027, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 14 Nov (Bernama) -- KKIP Power Sdn Bhd membayar dividen sebanyak RM3.14 juta kepada syarikat induk, KKIP Sdn Bhd bagi tahun kewangan berakhir 2023.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 13 Nov (Bernama) -- Dua syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah memeterai perjanjian dengan SBH Kibing Solar New Energy (M) Sdn Bhd untuk membangunkan kilang pembuatan kaca solar bernilai RM7.2 bilion di Kimanis.
1tahun ago
TUARAN, 28 Okt (Bernama) -- McDonald's Malaysia terus mengorak langkah memperluas operasi perniagaannya di Sabah dengan membuka satu lagi restoran baharu iaitu McDonald's Pandu-Lalu Tuaran Town di sini.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 28 Okt (Bernama) -- Sabah kekal sebagai pengeluar minyak sawit mentah (MSM) terbesar di negara ini dengan pengeluaran sebanyak 4.5 juta tan pada 2023 disebabkan oleh hasil buah yang tinggi dan kadar pengekstrakan minyak yang baik, kata Ketua Menterinya Datuk Seri Hajiji Noor.