BERITA TERKINI   Penjawat awam di KL, Putrajaya, Labuan dapat cuti gantian pada 2 Feb susulan pertindihan Hari Wilayah dan Thaipusam pada 1 Feb - JPA | Bekas Panglima Tentera Darat direman tujuh hari bantu siasatan kes rasuah kartel tender perolehan Tentera Darat | Seramai 926 pegawai dan anggota ditugaskan untuk pastikan kelancaran PRK Kinabatangan dan Lamag - Pesuruhjaya Polis Sabah | Majlis Pengurusan Bencana Negara dicadang ditubuhkan sebagai badan tertinggi menyelaras pengurusan bencana - Ahmad Zahid | Pemimpin pemuda dalam politik perlu meraikan perbezaan pendapat - TPM Ahmad Zahid | 

Terdapat 88 berita berdasarkan kata kunci carian "khazanah nasional bhd"

Kerajaan Mahu TVET Lahir Pekerja Mahir Tempatan, Penuhi Keperluan Industri

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Kerajaan mahu pelajar dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) yang dilatih di negara ini memenuhi keperluan industri sekali gus menggalakkan industri menggunakan tenaga tempatan berkemahiran.

Lonjakan Nilai Jenama TNB Cermin Keyakinan Kukuh Pasaran

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) – Lonjakan 35 peratus nilai jenama Tenaga Nasional Bhd (TNB) kepada US$2.3 bilion (US$1 = RM4.22) dalam laporan Energy 100 2025 Brand Finance baru-baru ini menunjukkan keyakinan kukuh pasaran terhadap daya tahan kewangan dan kecekapan operasinya.

TNB Pacu Pembinaan Negara Dan Perkasakan Komuniti, Keputusan Separuh Pertama 2025 Beri Ganjaran Pemegang Saham Dengan Dividen RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) hari ini mengumumkan prestasi kewangannya bagi separuh pertama tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025, dengan penekanan terhadap pengukuhan peranannya dalam membangunkan negara dan menyokong komuniti, di samping memberikan pulangan mampan kepada pemegang saham.

Khazanah Masih Berperanan Penting Dalam Ekosistem Modal Teroka Negara

Oleh Saraswathi Muniappan

KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) --  Khazanah Nasional Bhd masih mempunyai peranan penting dalam ekosistem modal teroka negara terutamanya dalam menggalakkan keusahawanan dan memacu enjin pertumbuhan ekonomi pada masa depan.

Malaysia Perlu Bertindak Segera Bagi Terajui Hab Semikonduktor Generasi Baharu

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- Malaysia perlu mengambil langkah lebih strategik dengan segera untuk menjadi hab serantau bagi semikonduktor generasi akan datang, dengan jangkaan hasil global melebihi US$1 trilion (US$1 = RM4.20) menjelang 2030, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Khazanah Sambut Baik Syor PAC, Teguh Teruskan Pelaburan Modal Teroka Untuk Bangunkan Negara

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd menyambut baik dapatan serta cadangan yang dikemukakan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai pelaburan sebelum ini dalam FashionValet serta pendekatan Khazanah secara lebih luas terhadap pelaburan modal teroka (VC) domestik, selaras dengan mandat dan misinya dalam memajukan Malaysia.

Khazanah Disaran Wujudkan SOP Analisis Pascanilai Bagi Pelaburan Dilupus Dengan Kerugian - PAC

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) – Khazanah Nasional Bhd disaran mewujudkan satu Prosedur Operasi Standard (SOP) untuk menjalankan analisis pascanilai bagi setiap pelaburan yang dilupuskan dengan kerugian yang melebihi had material tertentu. 

Malaysia, Bangladesh Boleh Bersama-sama Hasilkan Produk Halal Untuk Pasaran Global - Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Bangladesh menjemput pelabur Malaysia untuk mengembangkan kemudahan pengeluaran halal mereka di negara Asia Selatan dan bersama-sama menembusi pasaran halal global yang berkembang pesat.

Malaysia Boleh Jadi Penghubung Ekonomi ASEAN Ke Asia Selatan Menerusi Bangladesh – Yunus

Oleh Kisho Kumari Sucedaram 

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) - Malaysia boleh menjadi penghubung ekonomi lebih meluas antara ASEAN dan rantau Asia Selatan dan dengan kedudukan strategik sebagai hab perdagangan, pengeluaran dan pelaburan, Bangladesh mampu menawarkan peluang perniagaan yang besar. 

Artis KL, Terengganu Terpilih Untuk Program Khazanah Associate Artist Residency 2025 Di London

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd mengumumkan pemilihan dua bakat seni Malaysia yang sedang meningkat naik sebagai penerima Khazanah Associate Artist Residency Programme (KAAR) 2025 di Acme Studios, London, bagi program 12 minggu bermula September tahun depan.

Khazanah Teroka Perkongsian AI Dengan Dana Kekayaan Berdaulat Perancis, Itali

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) -- Khazanah Nasional Bhd telah mengadakan beberapa siri pertemuan yang produktif dengan dana kekayaan berdaulat Perancis dan Itali untuk meneroka kerjasama rentas sempadan khususnya dalam bidang kecerdasan buatan (AI).

YTL Power Labur RM10 Bilion Dalam AI, Galakkan Syarikat Tempatan Manfaat Infrastruktur AI

KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) – YTL Power International Bhd melabur kira-kira RM10 bilion dalam kecerdasan buatan (AI) dan infrastruktur AI setakat ini serta menggalakkan syarikat-syarikat Malaysia untuk melabur dalam AI dan memanfaatkan infrastruktur itu.