1bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata harga minyak mentah yang meningkat disebabkan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran dijangka menghasilkan beberapa kesan yang bercampur-campur untuk syarikat itu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Agensi penarafan kredit Moody’s Ratings menjangkakan harga tenaga yang tinggi meningkatkan pendapatan huluan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Status Malaysia sebagai pengeluar minyak dan pendapatan yang dijana daripada sektor itu membantu kerajaan melindungi rakyat daripada kesan kenaikan harga tenaga, kata Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Prestasi ekonomi Malaysia tahun lepas yang merekodkan pertumbuhan 5.2 peratus, dijangka menjadi penampan negara daripada ketidaktentuan ekonomi global dan mengukuhkan prestasi pada suku pertama tahun ini, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Malaysia mungkin dapat mengekalkan harga bahan api RON95 pada RM1.99 seliter walaupun harga minyak global meningkat susulan ketegangan di sekitar Selat Hormuz, kata ahli ekonomi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kementerian Ekonomi akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan bersama Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan bagi membincangkan kesan konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran terhadap ekonomi Malaysia.
1bulan ago
PUTRAJAYA, 4 Mac (Bernama) -- Harga pengangkutan dan makanan dijangka menerima tekanan paling awal dan paling ketara susulan konflik geopolitik yang semakin memuncak di Timur Tengah.
1bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memantau dengan teliti perkembangan di beberapa kawasan di Timur Tengah dan kekal komited untuk memastikan keselamatan dan kebajikan pekerja dan keluarga serta kontraktor yang menyokong operasinya di seluruh rantau itu.
1bulan ago
KOTA KINABALU, 3 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor mengalu-alukan komitmen Petroliam Nasional Bhd (Petronas) untuk meneroka kerjasama yang selanjutnya bagi meningkatkan penyertaan negeri itu dalam industri minyak dan gas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Industri insurans Malaysia bersedia memasuki fasa transformasi besar melalui inisiatif kerajaan RESET, termasuk pengenalan Pelan Insurans/Takaful Perubatan dan Kesihatan (MHIT) serta mekanisme harga berasaskan kumpulan diagnostik (DRG) bagi mengawal peningkatan kos perubatan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Konflik Amerika Syarikat (AS)-Iran kini menjejaskan operasi lapangan terbang dan akan menimbulkan kesan jangka masa pendek yang ketara terhadap penerbangan dunia dengan agregat kos industri mungkin mencecah lebih US$1 bilion jika situasi menjadi semakin buruk.
1bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Prospek ekonomi Malaysia susulan ketegangan terkini Amerika Syarikat (AS) dan Iran akan banyak bergantung sama ada berlaku gangguan fizikal ke atas penghantaran minyak mentah melalui Selat Hormuz, kata penganalisis.