Terdapat 9773 berita berdasarkan kata kunci carian "mas"

Ekovest Dapat Kelulusan KWSP Lanjutkan Lagi Tarikh Pelan Keluar

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ekovest Bhd mendapat kelulusan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk melanjutkan lagi tarikh pelan keluar selama setahun di bawah perjanjian pemegang sahamnya mengenai cadangan penjualan 40 peratus kepentingan ekuiti dalam Konsortium Lebuhraya Utara-Timur (KL) Sdn Bhd.

Keuntungan Bersih 99 Speed Mart Bagi TK2025 Melonjak Kepada RM614 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi kepada RM614.20 juta bagi tahun kewangan 2025 (TK2025) berakhir pada 31 Dis, 2025, daripada RM490.27 juta diraih bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Untung Bersih Suku Ketiga MNRB Naik Kepada RM150.97 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM150.97 juta bagi suku ketiga berakhir 31 Disember 2025 (S3 TK2026) daripada RM115.86 juta pada tahun sebelumnya.

CIMB Semak Naik Unjuran KDNK 2026 Malaysia Kepada 4.5 Peratus, Papar Momentum Kukuh

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- CIMB Treasury & Markets Research menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2026 Malaysia yang dinaikkan kepada 4.5 peratus daripada 4.4 peratus sebelum ini.

UDA Kukuhkan Pasaran Di Johor, UDA Heights Terima Sambutan Hangat

JOHOR BAHRU, 13 Feb (Bernama) -- UDA Holdings Berhad (UDA) mengekalkan momentum pembangunan hartanah di Johor melalui sambutan hangat terhadap projek kediaman premium, UDA Heights.

Niaga Hadapan Emas Mengakhiri Keuntungan Lima Hari Untuk Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri keuntungan lima hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah hari ini, walaupun pasaran emas COMEX AS terus menunjukkan pengukuhan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung Sebelum Tahun Baharu Cina

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan pelabur terus merealisasikan keuntungan menjelang cuti Tahun Baharu Cina minggu depan manakala kebimbangan terhadap saham teknologi global terus menjejaskan sentimen dan selera risiko pelabur.

Dana Pengkomersialan Percepat Kemasukan Teknologi Tempatan Ke Pasaran - Chang

PUTRAJAYA, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan hari ini mengumumkan pengenalan Dana Pengkomersialan di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) bagi membantu teknologi tempatan yang telah dibangunkan untuk digunakan dan dipasarkan secara lebih meluas.

Pasaran Getah Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat, didorong oleh penurunan harga minyak mentah yang menjadi penanda aras dan niaga hadapan getah serantau yang lemah, kata peniaga.

Allianz Malaysia Diiktiraf, Dimasukkan Dalam Senarai Pilihan ESG 2025

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd (Allianz Malaysia) mencatat pencapaian apabila disenaraikan dalam Senarai Pilihan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) 2025 Rangkaian Kompak Global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Malaysia dan Brunei (UNGCMYB).

PR1MA Lantik Brian Iskandar Zulkarim Sebagai CEO Kumpulan

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.