1tahun ago
Oleh M. Saraswathi
KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sambutan mesra yang diterima Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada Presiden Vladimir Putin semasa lawatan rasmi Perdana Menteri ke Rusia jelas menunjukkan komitmen tinggi antara kedua-dua pemimpin untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua-dua negara.
1tahun ago
KAZAN (Tatarstan), 16 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan ucaptama bertemakan digitalisasi pada Forum Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam ke-16 (KazanForum 2025), sekali gus merupakan acara kemuncak, memasuki hari terakhir lawatan rasmi beliau ke Persekutuan Rusia.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi hari keduanya ke Rusia dengan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama para pemimpin industri Persekutuan Rusia.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meneroka cara untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan selain kelancaran transaksi yang bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
SEREMBAN, 30 April (Bernama) -- Status semasa projek pembangunan (perbelanjaan) diluluskan pada suku tahun pertama ini sebanyak RM27,043,020.12 bagi tempoh Januari hingga Mac daripada kelulusan peruntukan berjumlah RM135 juta.
1tahun ago
SEREMBAN, 29 April (Bernama) -- Negeri Sembilan mencatatkan pelaburan berjumlah RM7.25 bilion tahun lepas, dengan 208 projek diluluskan meliputi sektor pembuatan, perkhidmatan dan sektor utama pelbagai kementerian tahun lepas, demikian persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) diberitahu hari ini.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Dana Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN telah dimanfaatkan susulan kejadian gempa bumi di Myanmar baru-baru ini, selain usaha blok serantau itu yang sedang meneliti aspek pemulihan jangka panjang.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Timor-Leste yakin ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi pelan hala tuju yang digariskan bagi memperoleh keanggotaan penuhnya dalam ASEAN.
1tahun ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran and Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN 2025 yakin Timor-Leste akan menjadi ahli baharu yang mampu memberi sumbangan positif kepada blok serantau itu, kata Setiausaha Bahagian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) -- Ketua platform antara kerajaan utama di Asia Pasifik menggesa negara-negara di Asia Tenggara untuk memperkukuh kerjasama serantau dan meningkatkan pelaburan bagi mengurangkan impak daripada langkah Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump yang mengenakan tarif tinggi ke atas import dari China, Kanada dan Mexico.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.
1tahun ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.