2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia meningkat 9.8 peratus tahun ke tahun pada Mac 2026 dengan nilai jualan mencecah RM169 bilion, disokong permintaan pengguna bermusim yang kukuh, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Sektor perkhidmatan mencatat pertumbuhan sebanyak 8.1 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 dengan hasil mencecah RM682.0 bilion, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia kekal melebihi paras 1,700 mata pada akhir sesi dagangan pagi, disokong oleh minat belian, terutamanya di kaunter perladangan dan penjagaan kesihatan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Indeks volum perkhidmatan Malaysia mencatat pertumbuhan 5.8 peratus tahun ke tahun pada suku pertama 2026 kepada 168.0 mata, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
2hari ago
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank Indonesia (BI) memeterai memorandum persefahaman (MOU) baharu bagi memperkukuh kerjasama dua hala antara kedua-dua bank pusat itu.
2hari ago
PUTRAJAYA, 11 Mei (Bernama) -- Kerajaan sedang memperhalusi penentuan garis pemisah yang sesuai antara golongan yang wajar menerima subsidi petrol dan mereka yang boleh dikeluarkan daripada sistem subsidi berkenaan dalam usaha melaksanakan mekanisme subsidi lebih bersasar, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
4hari ago
BUTTERWORTH, 9 Mei (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dijangka melancarkan portal sehenti untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada bulan ini bagi memudahkan akses kepada maklumat berkaitan pembiayaan, latihan dan pelbagai program sokongan kerajaan.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan dalam keadaan berhati-hati, didorong oleh bekalan yang terhad berikutan musim El Niño dan rundingan damai di Asia Barat.
4hari ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Mata wang ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM3.90 hingga RM3.95 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu depan menjelang pertemuan penting antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping.
5hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Vietnam komited untuk memperluas kerjasama dalam bidang ekonomi digital dan kecerdasan buatan (AI), Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini akan mengagihkan sebanyak US$30 bilion (US$1 = RM3.91) menjelang 2030 untuk membantu negara ASEAN memajukan keutamaan jangka panjang dan menahan kejutan luaran.
5hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Dakwaan bahawa semua kenderaan elektrik (EV) akan menjadi mahal susulan pelaksanaan semula duti import ke atas EV import sepenuhnya (CBU) mulai Julai ini adalah tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai pilihan EV pada harga berpatutan menerusi pemasangan tempatan (CKD).