Terdapat 179 berita berdasarkan kata kunci carian "petronas dagangan"

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Aktiviti Pembelian Saham Berharga Rendah

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Aktiviti membeli saham berharga rendah di kaunter perkhidmatan kewangan berwajaran tinggi telah menyokong indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya dan melonjak ke ke paras tertinggi intra harinya, hari ini. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Berikutan Aktiviti Pengambilan Untung

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dalam wilayah negatif, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam kebanyakan kaunter wajaran tinggi.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Aktiviti Ambil Untung

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung selepas peningkatan baru-baru ini dan menjejaki kemerosotan semalaman Wall Street.

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Dagangan Pagi Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi dengan lebih rendah berikutan penjualan dalam saham wajaran tinggi indeks, diterajui kaunter perkhidmatan kewangan dan utiliti telah memberi kesan kepada pasaran.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Sentimen Kukuh Serantau

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup kukuh melonjak kepada 1,708.20, paras tertingginya dalam tempoh lebih enam tahun, disokong oleh sentimen serantau yang positif susulan kenaikan di Wall Street dan minat belian asing yang berterusan.

Bursa Malaysia Naik 8.74 Mata, Teruskan Momentum Meningkat Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan pagi ini dengan mengekalkan momentum peningkatannya, didorong oleh belian berterusan dalam kaunter perkhidmatan kewangan dan berkaitan pengguna.

Bursa Malaysia Naik Pada Paras Tertinggi Baharu Dalam Enam Tahun Susulan Minat Belian Berterusan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia meneruskan momentum meningkat apabila ditutup pada paras tertinggi baharu dalam tempoh enam tahun hari ini, disokong oleh minat belian yang berterusan dalam saham wajaran tinggi dan perladangan, seiring dengan prestasi kukuh pasaran serantau.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan sentimen berhati-hati ketika pelabur terus memantau perkembangan terkini geopolitik dunia, termasuk hasrat Amerika Syarikat (AS) menghalang eksport minyak Venezuela.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari Susulan Kurang Pemangkin

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang normal, dalam keadaan ketiadaan pemangkin domestik baharu.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Indeks Komposit Turun 0.45 Peratus

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini, dengan indeks utama susut 0.45 peratus di tengah-tengah kekurangan pemangkin baharu dan aktiviti pengambilan untung yang sederhana, susulan kenaikan baru-baru ini.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada Selasa dengan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut dalam persekitaran kekurangan penyertaan pelabur.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Dalam Dagangan Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Isnin dengan mencatat peningkatan kecil ketika pelabur berpendirian berhati-hati menjelang jangkaan aliran Tahun Baharu Cina manakala perkembangan berkaitan Venezuela memberi impak kecil terhadap sentimen tempatan.