Terdapat 109 berita berdasarkan kata kunci carian "press metal"

FBM KLCI Ditutup Para Paras Tertinggi Intra Hari Susulan Aktiviti Membeli Saham Berharga Rendah

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia pulih daripada penurunan sebelumnya untuk ditutup pada paras tertinggi intra harinya hari ini, disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah yang sederhana dalam beberapa saham wajaran tinggi indeks utama.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, manakala prestasi pasaran serantau bercampur-campur dalam persekitaran sentimen positif yang disokong oleh jangkaan bahawa ketegangan perdagangan antara China dan AS akan reda.

Bursa Malaysia Terjejas Seiring Prestasi Serantau Ekoran Ketegangan Dagangan AS-China

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 13 Okt  (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini seiring prestasi suram bursa serantau berikutan sentimen pasaran terjejas akibat ketegangan perdagangan baharu antara Amerika Syarikat (AS) dan China.

Bursa Malaysia Rendah Setakat Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Isnin dengan lebih rendah susulan aktiviti jualan ketara, terutamanya sektor kewangan, pengangkutan dan telekomunikasi  selain kesan prestasi Wall Street yang suram.

Syarikat Tujuan Khas Solarvest, Press Metal Meterai PPA Solar RM380 Juta Dengan SESCO Sarawak

KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Mukah Solar Powerplant Sdn Bhd (MSPSB), syarikat tujuan khas milik Solarvest Holdings Bhd dan Press Metal Aluminium Holdings Bhd (MSPSB) memeterai perjanjian pembelian tenaga (PPA) bernilai RM380 juta dengan syarikat kerajaan negeri Sarawak, Syarikat SESCO Bhd.

Bursa Malaysia Buka Tinggi, Pelabur Tidak Terganggu Dengan Penutupan Kerajaan AS

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan aliran meningkat untuk dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki kenaikan di Wall Street, apabila sebahagian besar pelabur tidak mengendahkan penutupan perkhidmatan kerajaan Amerika Syarikat (AS) dengan harapan keadaan itu hanya bersifat sementara, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini susulan aktiviti belian semasa harga murah, menjejaki sentimen positif daripada prestasi semalaman Wall Street, kata seorang penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan mencatat penurunan kecil, menjejaki prestasi Wall Street selepas lonjakan saham-saham berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang kini mulai mereda.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari, Didorong Pembelian Saham Wajaran Tinggi

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 23 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa tengah hari pada Selasa, didorong oleh pembelian ke atas saham berwajaran tinggi terpilih, terutama dalam sektor produk dan perkhidmatan pengguna serta utiliti.

Bursa Malaysia Meningkat Semula Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula daripada penurunan semalam dan mengakhiri sesi pagi dengan naik 0.4 peratus, seiring dengan prestasi pasaran saham global.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Pengumuman Data CPI AS

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis selepas mencatatkan kenaikan tiga hari berturut-turut seiring sentimen berhati-hati pelabur menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengguna (CPI) Amerika Syarikat (AS) bagi Ogos lewat hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 10 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, peningkatan hari ketiga berturut-turut seiring dengan bursa saham utama Asia yang lain.