BERITA TERKINI   Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 3.9490/9530 berbanding dolar AS daripada 3.9515/9555 pada Isnin | Malaysia kini pada fasa pengurusan tekanan yang berpanjangan, bukan lagi fasa pengurusan kejutan awal - Akmal Nasrullah | 70 peratus depoh pengadunan di Malaysia sedia melaksanakan biodiesel B15 menggunakan fasiliti sedia ada - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global beri kesan kepada kos tenaga, logistik, bahan mentah, makanan, perkhidmatan dan akhirnya kehidupan harian rakyat - Akmal Nasrullah | Penyasaran semula pasaran ASEAN, Asia Timur, Australia dan India antara langkah kekalkan aliran pelawat dan pendapatan negara - Akmal Nasrullah | 

Terdapat 30 berita berdasarkan kata kunci carian "sidec"

Persidangan Pendigitalan PKS Tiktok Shop Sasar Bina Ekosistem Kukuh Pertumbuhan PKS

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Persidangan Pendigitalan PKS TikTok Shop, usaha kerjasama antara Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital (SDEC) Selangor 2024 dan TikTok Shop menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem kukuh bagi menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

GEM Education Komited Peruntuk RM100 Juta Sokong ASEM Bangun Bakat Semikonduktor

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Global EduTech Management Group (GEM Education) komited untuk memperuntukkan RM100 juta bagi menyokong Advanced Semiconductor Academy of Malaysia (ASEM) membangunkan bakat bertaraf dunia dan menyediakan pendidikan berkaitan industri bagi masa depan digital yang dipacu semikonduktor.

Sektor Semikonduktor Malaysia Mampu Tingkat Landskap Teknologi Asia Tenggara - Pakar Reka Bentuk Ic

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sektor semikonduktor Malaysia berpotensi meningkatkan landskap teknologi Asia Tenggara, demikian kata pakar pemain industri reka bentuk litar bersepadu (IC) Skyechip, Weeroc dan Chipsbank di Konvensyen Ekonomi Digital dan Bandar Pintar Selangor (SDEC) 2024 hari ini.

Sidec Raih Anugerah Peluang/keterangkuman Digital WITSA Global 2024

SHAH ALAM, 8 Okt (Bernama) -- Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) memenangi Anugerah Kecemerlangan Perikatan Perkhidmatan Inovasi dan Teknologi Global (WITSA) 2024 bagi Peluang/Keterangkuman Digital (Sektor Awam).

25 Syarikat Sertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2024

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Lebih 25 syarikat menyertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2024 yang bermula hari ini, dengan lebih 2,000 siswazah mendaftar dalam acara dua hari itu bagi menghubungkan pencari kerja dan pemain industri. 

Industri Semikonduktor Malaysia Perlu Dipelbagaikan Bagi Perkukuh Kedudukan Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.