7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.
7bulan ago
Komentar Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia akan menyaksikan versi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah disemak dan diperluas, justeru, jika diperhalusi, perubahan itu dirangka untuk mencapai keseimbangan halus antara kesaksamaan, daya tahan ekonomi dan kestabilan kewangan jangka masa panjang yang mampan bagi negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis dalam persekitaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah, kata penganalisis.
7bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman and Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Aliran masuk modal asing ke Malaysia yang mencatat paras tertinggi dalam tempoh sembilan tahun baru-baru ini mencerminkan selera pelabur global yang semakin meningkat terhadap aset Malaysia, meskipun suasana pasaran dunia masih dibayangi ketidaktentuan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia terus mencatatkan prestasi bercampur-campur ketika ditutup hari ini, seiring dengan pasaran niaga hadapan getah serantau dan harga minyak mentah, kata peniaga.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Pelaksanaan semakan kadar cukai jualan ke atas barangan keperluan pada sifar peratus diunjurkan memberi impak "neutral" kepada pengguna, sektor pembinaan asas dan perladangan, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).
7bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Semakan kadar Cukai Jualan dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan merupakan sebahagian daripada langkah fiskal bersasar untuk memastikan kewangan negara kekal berada pada landasan yang mampan, kata pakar percukaian.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.