Terdapat 593 berita berdasarkan kata kunci carian " korporat"

Dasar Desentralisasi Rizab Antarabangsa Perluas Kedudukan Luaran Malaysia - BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank negara Malaysia (BNM) berkata dasar desentralisasi rizab antarabangsa BNM sejak dahulu telah menyebabkan pengumpulan aset luaran bukan rizab yang besar dan memperluas kedudukan luaran Malaysia.

Penampan Modal Bank Cukup Untuk Serap Potensi Kenaikan Kerugian Kredit Sektor Perniagaan

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Ujian tekanan  yang dilaksanakan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) mengesahkan bahawa penampan modal bank-bank mencukupi untuk menyerap potensi peningkatan kerugian kredit daripada sektor perniagaan di bawah senario tekanan buruk.

Pertumbuhan Deposit Bank Perlahan Kepada Tiga Peratus Pada Separuh Kedua 2024

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Deposit sistem perbankan berkembang pada kadar yang lebih perlahan iaitu sebanyak tiga peratus pada separuh kedua 2024 dipacu oleh pertumbuhan deposit perniagaan pemastautin selain sebahagiannya mencerminkan kos lebih tinggi dan pembayaran balik hutang.

Kumpulan KHSB Sasar Keuntungan RM100 Juta Setahun Menjelang 2028

KUALA TERENGGANU, 21 Mac (Bernama) -- Kumpulan Ketengah Holding Bhd (KHSB) menyasarkan peningkatan keuntungan sehingga RM100 juta setahun menjelang 2028.

Keseluruhan Dana Komited Bagi Segmen PE, VC Berjumlah RM24.70 Bilion Pada 2024 - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Jumlah dana komited dalam industri pasaran modal pada penghujung 2024 bagi ekuiti swasta (PE) dan modal teroka (VC) masing-masing berjumlah RM18.01 bilion dan RM6.70 bilion menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM24.70 bilion.

Bursa Derivatif Dijangka Lancar Semula Kontrak SSF Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Derivatif Malaysia dijangka melancarkan semula kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSF) pada suku pertama 2025, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini. 

SC Terima 8,501 Kes Pada 2024 Termasuk Aktiviti Tidak Berlesen, Penipuan

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) menerima sejumlah 8,501 kes yang terdiri daripada 3,910 aduan dan 4,591 pertanyaan pada 2024, mewakili peningkatan 60 peratus daripada 2023 sebanyak 5,318 kes.

Wartawan Bernama Penerima Anugerah KRP Wolfson Press Fellowship 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penolong Editor Perkhidmatan Berita Ekonomi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Niam Seet Wei dinamakan sebagai penerima anugerah biasiswa Program Residensi Khazanah Nasional Bhd (KRP) Wolfson Press Fellowship 2025.

Aset Di Bawah Pengurusan Malaysia Meningkat Kepada RM1.07 Trilion Pada 2024 – SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Aset Di Bawah Pengurusan (AUM) bagi industri pengurusan pelaburan di Malaysia meneruskan trajektori peningkatan dan mencapai nilai RM1.07 trilion setakat 31 Dis, 2024, meningkat daripada RM975.48 bilion pada 2023.

Pasaran Modal Islam Kekal Penyumbang Terbesar Keseluruhan Pasaran Modal - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Pasaran Modal Islam (ICM) kekal sebagai komponen utama pasaran modal Malaysia, yang menyumbang 63.04 peratus kepada keseluruhan pasaran modal.

Kepengerusian SC Bagi Forum ACMF Tumpu Usaha Perkasa Daya Tahan Pasaran Modal ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) yang dipengerusikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun ini akan membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau dan membina pasaran modal ASEAN yang lebih terhubung serta berdaya tahan.

SC Lulus 21 Permohonan Ekuiti Dengan Jumlah Permodalan Pasaran RM21.39 Bilion Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) meluluskan 21 permohonan ekuiti dengan 10 daripadanya adalah tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran Utama Bursa Malaysia dengan jumlah permodalan pasaran RM21.39 bilion.