1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif & Previnna Thuraisingam
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menerima 107.5 juta e-invois daripada pembayar cukai sejak sistem itu dilaksanakan pada 1 Ogos lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) -- Pemegang polisi insurans perubatan atau takaful digesa mempertimbangkan alternatif seperti membuat penyesuaian terhadap polisi atau menyemak semula perlindungan sedia ada sebelum menamatkan polisi.
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 6 Dis (Bernama) -- Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Swasta Malaysia (PIKAP), yang mewakili agensi pekerjaan asing utama di negara ini, telah menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Neurogine Sdn Bhd untuk memulakan program pengiriman wang rentas sempadan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) sedang memperhalusi cadangan Reserve Bank of India (RBI) untuk mewujudkan Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan (LCSF) bagi meningkatkan penggunaan ringgit dan rupee India dalam perdagangan dua hala, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
1tahun ago
KUCHING, 4 Dis (Bernama) -- Aplikasi e-dompet Sarawak, S PAY GLOBAL telah memperluas fungsinya dengan menambah pautan QR DuitNow, hasil kerjasama dengan Payments Network Malaysia (PayNet).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Bank Rakyat menawarkan kemudahan bantuan khas banjir, merangkumi kemudahan moratorium sehingga enam bulan kepada pelanggan individu dan perniagaan yang terjejas akibat bencana banjir.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Sektor perbankan Malaysia dijangka terus mencatat keuntungan lebih besar pada 2025, didorong oleh pertumbuhan pinjaman yang kukuh, persekitaran kadar faedah yang stabil selain pendapatan bukan faedah, kata ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan syarikat ahlinya komited untuk menyokong mangsa banjir dengan menyediakan bantuan segera dan mempercepatkan proses tuntutan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Bank Simpanan Nasional (BSN), Permodalan BSN Bhd (PBSNB), mengumumkan pengagihan pendapatan akhir dan interim sebanyak 1.60 sen seunit berjumlah RM4.1 juta untuk Amanah Saham Bank Simpanan Nasional Bhd (ASBSN) berkuat kuasa 30 Nov, 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Lembaga Getah Malaysia (LGM) mengumumkan Insentif Pengeluaran Getah (IPG) untuk pekebun kecil tidak teraktif bagi November 2024 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kumpulan Perbankan RHB (RHB) melancarkan program bantuan banjir dengan memberikan bantuan kewangan segera dan sokongan pemulihan jangka panjang kepada individu serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan mikro PKS bermula sekarang sehingga 31 Jan 2025.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan yang berterusan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.