8bulan ago
PELABUHAN KLANG, 20 Mei (Bernama) -- Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) yang merupakan zon perindustrian bebas dan komersial terkemuka di Malaysia, memperkenalkan pelan induk PKFZ 2.0 hari ini, sebuah visi baharu yang berani untuk zon pintar dan sedia masa depan.
8bulan ago
KOTA KINABALU, 20 Mei (Bernama) -- Eastern Pacific Marine Services Sdn Bhd (EPMS), anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation Bhd (EPIC), SINOPEC Heavy Lifting and Transportation Co. Ltd. (SINOPEC SLT) serta Innoprise Corporation Sdn Bhd (ICSB) hari ini menjalin kerjasama strategik.
8bulan ago
LANGKAWI, 20 Mei (Bernama) -- Kumpulan Industri-Kerajaan bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) melancarkan empat laporan industri strategik yang bertujuan membimbing pembuat dasar, pelabur dan pemain industri dalam mengenal pasti peluang, risiko serta strategi pengurangannya.
8bulan ago
Daripada Muhammad Muzammil Abdullah
JEJU, 15 Mei (Bernama) -- Negara-negara ASEAN dan ekonomi Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) perlu meneruskan usaha penyelarasan inisiatif pendigitalan untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan dan pertumbuhan transaksi antara kedua-dua rantau itu.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) - ASEAN sedang merundingkan langkah-langkah untuk mengembangkan keahlian dalam dua perjanjian perdagangan utama iaitu Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dan Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Malaysia yang bermula di Kota Bharu, Kelantan dicadang supaya dilanjutkan ke sempadan Sungai Golok bagi meningkatkan keterhubungan rel di antara Thailand dengan Malaysia, kata Duta Besar Thailand ke Malaysia Lada Phumas.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi
KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Bernama) -- Malaysia akan menyertai rakan serantau dan global minggu ini dalam Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (AOEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan, dengan kecerdasan buatan (AI) dan demografik menjadi antara tumpuan utama.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Kenya bagi memastikan kestabilan bekalan minyak sawit serta integrasi pasaran yang lebih mendalam, kata Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC).
8bulan ago
MIRI, 9 Mei (Bernama) -- Yayasan Pemuliharaan Hijau Minyak Sawit Malaysia (MPOGCF) dan Sarawak Oil Palms Bhd (SOP) telah memuktamadkan kerjasama penting menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang turut menandakan pencapaian dalam integrasi pemuliharaan biodiversiti sektor sawit Malaysia.
8bulan ago
SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- ASEAN perlu menerima guna sains dan teknologi serta mencipta inovasi untuk memperkasa wawasan ekonomi digital dan hijau rantau ini secara mampan, bagi membantu mencapai cita-citanya menjadi ekonomi keempat terbesar di dunia menjelang 2030.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- NTT DATA Payment Services kini melancarkan ADAPTIS, rangkaian solusi pembayaran bersepadu dan pelbagai yang direka untuk memenuhi keperluan perniagaan moden yang berkembang maju.