1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- TA Securities Holdings Bhd mengunjurkan kerajaan memperuntukan sebanyak RM403.7 bilion untuk Belanjawan 2025, masing-masing merangkumi RM305.7 bilion dan RM97.9 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan pembangunan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan tidak banyak berubah minggu depan menjelang pengeluaran data ekonomi Amerika Syarikat (AS) semasa minggu berkenaan, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan seimbang dengan dinamik permintaan dan penawaran mengimbangi antara satu sama lain memandangkan aktiviti perdagangan akan terhad pada tahap tertentu berikutan cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan mendatar minggu depan berikutan peniaga meneliti faktor pasaran bersempena cuti Minggu Emas di China yang akan datang, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka terus meningkat minggu depan, meskipun peniaga kekal berhati-hati terhadap petunjuk ekonomi utama Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Daripada Norsyafawati Ab Wahab
VIENTIANE (LAOS), 28 Sept (Bernama) -- Malaysia yang akan menjadi tuan rumah ASEAN pada 2025 komited untuk memastikan inisiatif strategik Grid Kuasa ASEAN (APG) dapat dimeterai tahun depan bagi manfaat serantau.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Menteri Digital Gobind Singh Deo yakin ekonomi digital akan mencapai atau melebihi unjuran sumbangan 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia menjelang akhir 2025 berikutan keupayaan Malaysia untuk terus menarik pelabur.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan awal, berikutan peniaga mengambil untung susulan kenaikan harga yang berterusan baru-baru ini, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat menjelang pengumuman data ekonomi Amerika Syarikat yang dijadualkan pada minggu depan.
1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Ringgit melonjak ke paras 4.12 berbanding dolar AS pada Jumaat, muncul sebagai antara mata wang yang mencatatkan prestasi terbaik di dunia.
1tahun ago
SHAH ALAM, 27 Sept (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard Inspire, kad kredit patuh syariah yang direka khusus untuk golongan profesional muda dengan menawarkan pengecualian fi tahunan sepanjang hayat.
1tahun ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Persatuan Gas Malaysia (MGA) telah menyeru sektor tenaga untuk menerima agenda kepelbagaian dan keterangkuman (D&I) dalam tenaga kerja mereka.