BERITA TERKINI   Kejuaraan Kelab ASEAN 2025/2026: Selangor FC 1-1 BG Pathum United | Tiga kanak-kanak ditemukan lemas di kolam kumbahan berhampiran sebuah flat di Sibu Jaya, Sibu petang tadi - Bomba | 

Terdapat 827 berita berdasarkan kata kunci carian " import"

Peluasan SST Sesuai Pada Masanya, Perlu Bagi Perkukuh Daya Tahan Ekonomi

Komentar Oleh Nurul Hanis Izmir

PUTRAJAYA, 12 Jun (Bernama) -- Mulai 1 Julai, rakyat Malaysia akan menyaksikan versi cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang telah disemak dan diperluas, justeru, jika diperhalusi, perubahan itu dirangka untuk mencapai keseimbangan halus antara kesaksamaan, daya tahan ekonomi dan kestabilan kewangan jangka masa panjang yang mampan bagi negara.

Hasil Pertanian Tempatan Tidak Dikenakan Cukai Jualan - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 11 Jun (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) menjelaskan bahawa hasil pertanian yang ditanam di Malaysia tidak akan dikenakan cukai jualan di bawah peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Peluasan SST Ke Atas Buah-buahan Import Lonjak Industri Nanas Tempatan

JOHOR BAHRU, 11 Jun (Bernama) -- Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (LPNM) yakin semakan serta peluasan skop Cukai Jualan dan Perkhidmatan yang akan berkuat kuasa 1 Julai ini bakal memberi kesan positif yang ketara terhadap pertumbuhan industri nanas negara. 

Nilai Dagangan Taiwan-Malaysia Cecah RM176.10 Bilion, Tumbuh 38.5 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Taiwan muncul sebagai rakan dagang keempat terbesar Malaysia pada 2024, dengan nilai perdagangan mencecah RM176.10 bilion, mewakili pertumbuhan 38.5 peratus berbanding tahun sebelumnya, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah aliran menaik di pasaran niaga hadapan getah serantau dan kenaikan harga minyak mentah, kata seorang peniaga.

Malaysia, Poland Mahu Perkukuh Perkongsian ASEAN-EU, Hubungan Ekonomi - PM Anwar

PUTRAJAYA, 10 Jun (Bernama) -- Malaysia dan Poland menyatakan kesediaan untuk memperdalam kerjasama antara ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU), memanfaatkan jawatan kepengerusian masing-masing untuk memacu perkongsian antara rantau yang lebih strategik bagi tempoh jangka panjang.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur dan peniaga berhati-hati mengenai hasil rundingan perdagangan antara China dan AS.

China Kekalkan Perdagangan Yang Kukuh Dengan ASEAN, Negara BRI Dari Januari-Mei

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

BEIJING, 9 Jun (Bernama) -- Perdagangan China dengan ASEAN dan negara rakan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) terus menunjukkan perkembangan positif bagi tempoh lima bulan pertama 2025, dengan perdagangan antara China dan ASEAN meningkat 9.1 peratus tahun ke tahun kepada 3.02 trilion yuan (US$415.5 bilion).

Semakan Kadar Cukai Jualan, Peluasan Skop Cukai Perkhidmatan Berkuat Kuasa 1 Julai – MOF

PUTRAJAYA, 9 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan semakan kadar Cukai Jualan (CJ) dan peluasan skop Cukai Perkhidmatan (CP) mulai 1 Julai ini untuk mengukuhkan kedudukan fiskal negara dengan meningkatkan hasil dan meluaskan asas percukaian.

Rizab Antarabangsa BNM Naik Kepada US$119.60 Bilion Pada 30 Mei

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia meningkat sedikit kepada US$119.60 bilion pada 30 Mei, 2025 daripada US$119.10 bilion pada 15 Mei, 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Pelabur Asing Teruskan Jualan Bersih RM6.21 Bilion Daripada Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih di pasaran Asia bagi minggu ketiga berturut-turut, mencatatkan aliran keluar RM6.21 bilion atau US$1.47 bilion, lebih tinggi daripada aliran keluar pada minggu sebelumnya berjumlah US$170.8 juta (US$1 = RM4.23).

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Ketika Data Ekonomi AS Lemah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar AS pada Khamis dalam keadaan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang lemah daripada jangkaan dan ketidaktentuan tarif AS, kata penganalisis.