Terdapat 552 berita berdasarkan kata kunci carian " islam"

Industri Barang Kemas Kekal Berdaya Tahan Walaupun Harga Emas Meningkat

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Sektor barang kemas Malaysia kekal berdaya tahan, dengan permintaan kukuh yang berterusan walaupun harga emas meningkat, sebahagian besarnya didorong oleh menghargai emas bukan sahaja sebagai perhiasan tetapi juga sebagai simbol kekayaan dan pelaburan yang dipercayai atau aset selamat.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Bank Islam Agih Juadah Berbuka Kepada Kakitangan Bernama

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd hari ini mengagihkan kira-kira 300 pek juadah berbuka puasa kepada kakitangan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Alliance Bank Perluas Program Bantuan Banjir Kepada Pelanggan Di Sabah Dan Sarawak

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Alliance Bank Malaysia Bhd mengumumkan Program Bantuan Banjir akan diperluaskan kepada pelanggan di Sabah dan Sarawak untuk membantu meringankan beban kewangan mereka.

CIMB Islamic Bakal Perkenal Penyelesaian Urus Kekayaan Islam Dipertingkat

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- CIMB Islamic Bank Bhd akan memperkenalkan penyelesaian pengurusan kekayaan Islam dipertingkat yang khusus disesuaikan dengan keperluan pelanggan dan melangkaui pertumbuhan kewangan dalam beberapa bulan akan datang.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Susulan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Aznan Abdul Aziz Dilantik Timbalan Gabenor Berkuat Kuasa 1 April, 2025 -- BNM

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) -- Menteri Kewangan telah meluluskan pelantikan Aznan Abdul Aziz sebagai Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) bagi tempoh tiga tahun berkuat kuasa 1 April, 2025.

IILM Selesai Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.

Kadar Jangka Pendek Ditutup Stabil Berikutan Operasi BNM

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Mei 2025

SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.

Handal Energy Perluas Ke Sektor Penjagaan Kesihatan

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Handal Energy Bhd, Handal Hospitality Sdn Bhd (HHSB) telah menandatangani memorandum perjanjian dengan Hartanah Azzahrah Sdn Bhd untuk pembelian dua hospital bernilai pada harga tidak kurang daripada RM69 juta.

Dividen KWSP Tinggi Kuatkan Keyakinan Terhadap Pasaran Modal Malaysia, Pelaburan – Ahli Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Mac (Bernama) -- Pencapaian Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang mengumumkan kadar dividen sebanyak 6.30 peratus untuk simpanan konvensional dan syariah bagi 2024 akan membantu meningkatkan keyakinan terhadap pasaran modal dan sektor pelaburan, menurut seorang ahli ekonomi.