8bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) -- Jumlah perdagangan Malaysia naik 2.1 peratus kepada RM244.3 bilion pada Oktober 2024, meningkat berbanding RM239.3 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya selepas dipacu oleh pertumbuhan dalam eksport dan import, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
RIO DE JANEIRO (Brazil), 19 Nov (Bernama) -- Lawatan sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Brazil berjaya menghasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion (US$1.57 bilion) bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang semakin meningkat di Asia Barat yang sekali gus melonjakkan permintaan pelabur.
8bulan ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan Sabah disaran memiliki sekurang-kurangnya 30 peratus ekuiti projek pelaburan negeri dalam usaha memperkasa ekonomi 'Negeri di Bawah Bayu' tersebut.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan pada Isnin, didorong oleh keyakinan terhadap prospek domestik Malaysia, yang mengimbangi kebimbangan mengenai hala tuju kadar faedah Amerika Syarikat (AS).
8bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 16 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mungkin didagangkan secara berhati-hati minggu depan berikutan kenaikan dolar US baru-baru ini, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat berikutan minat belian baharu meskipun kekukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), seiring dengan kenaikan di pasaran emas COMEX AS.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan (RUU PK) bagi meningkatkan ketelusan dalam proses perolehan kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini disebabkan prestasi dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh dan hasil perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi, kata seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) 2024 bagi kenderaan bermotor pada 800,000 unit, meningkat 35,000 unit atau 4.57 peratus daripada anggaran sebelumnya sebanyak 765,000 unit.
8bulan ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Pendekatan strategik Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di Minggu Pemimpin Ekonomi (AELW) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) ke-31 2024 termasuk untuk memastikan ekonomi global yang berdaya tahan dan inklusif.
8bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, mengakhiri kenaikan beberapa hari lepas berikutan kadar eksport yang lebih perlahan menjejaskan harga, kata seorang peniaga.