10bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Pertama Digital Bhd (PDB) mencatatkan kemajuan ketara dalam beberapa bulan kebelakangan ini, daripada memperoleh pembiayaan utama sehingga melaksanakan pembelian strategik dan kerjasama yang mendorongnya untuk pertumbuhan jangka masa panjang.
10bulan ago
Daripada Zairina Zainudin
BARCELONA (Sepanyol), 7 Mac (Bernama) -- Malaysia meraikan pencapaian penting di pentas global apabila ZTE Corporation memenangi Anugerah Inovasi Faundri GSMA yang berprestij bagi “Minimalis 5G Peribadi untuk Hiburan.”
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menggantung lebih awal dagangan sahamnya di Pasaran LEAP berkuat kuasa 2.30 petang hari ini sehingga pindahan penyenaraian ke Pasaran ACE selesai.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Digital Nasional Bhd (DNB) dan Meta bekerjasama untuk menubuhkan makmal inovasi bersama di Malaysia bagi meningkatkan ketersambungan suara dan video pada platform Meta secara ketara.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- U Mobile menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan China Unicom Operations (Malaysia) Sdn Bhd (CUMY) untuk memacu inovasi dalam Internet of Things (IoT), mobiliti pintar dan teknologi mampan, memacu penggunaan dalam kalangan perniagaan dan perusahaan besar di Malaysia.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac -- AirAsia akan memindahkan perkhidmatan domestiknya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Lapangan Terbang Subang) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 (KLIA T2) berkuat kuasa 7 April, 2025.
10bulan ago
BENTONG, 3 Mac (Bernama) -- Midea Scott and English Electronics Sdn Bhd (Midea Malaysia) menyasarkan jualan sebanyak RM1 bilion tahun ini bagi meneruskan momentum pertumbuhan dua angka berikutan permintaan yang tinggi terhadap peralatan cekap tenaga.
10bulan ago
IPOH, 3 Mac (Bernama) -- Green Excel Manufacturing Sdn Bhd (GEM) melancarkan kemudahan pembuatan tercanggih di Taiping pada 1 Mac lepas, membuktikan komitmennya terhadap inovasi, kualiti dan pertumbuhan operasi global dan tempatannya.
10bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KOTA TINGGI, 1 Mac (Bernama) -- Timor-Leste yakin ia telah menunjukkan kemajuan yang ketara dan berada di landasan yang betul untuk memenuhi pelan hala tuju yang digariskan bagi memperoleh keanggotaan penuhnya dalam ASEAN.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri semikonduktor global melalui kerjasama strategik dengan Universiti Xiamen (XMU) dan GMPT Software.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Coffee Star, pembekal kiosk kopi automatik, melalui syarikat induknya, Fario Holdings Sdn Bhd, telah menandatangani perjanjian perkongsian strategik dengan Puro Coffee dari Belgium dan Alkeyf dari Arab Saudi, bagi menubuhkan perkongsian serta memenuhi permintaan yang semakin berkembang di negara-negara Timur Tengah.