30hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin, menjejaki prestasi yang lemah di pasaran Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).
30hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia pulih daripada penurunan intra harinya, ditutup 0.23 peratus lebih tinggi hari ini menghampiri paras tertinggi dalam tempoh 16 bulan, susulan permintaan kukuh institusi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) - Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tidak berubah hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai asas.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit mencatat prestasi lebih rendah pada akhir urus niaga hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kumpulan mata wang utama ketika pelabur dan peniaga kekal berhati-hati menjelang unjuran kadar faedah negara maju itu bagi 2026.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi, disokong oleh penurunan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan harga minyak mentah, kata peniaga.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia perlu kekal terbuka kepada pelbagai perjanjian perdagangan lebih meluas yang melangkaui pasaran tradisionalnya, terutama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China yang menjadi kunci kestabilan serta memacu pengukuhan ringgit.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah berikutan aktiviti pengambilan untung muncul terhadap saham mewah terpilih dalam persekitaran kekurangan pemangkin baharu.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Jumlah keseluruhan industri (TIV) industri automotif dijangka susut 2.0 peratus tahun ke tahun kepada 774,000 unit pada 2026 daripada 790,000 unit pada 2025, terjejas oleh beberapa cabaran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Institusi tempatan kekal sebagai pembeli bersih untuk minggu keenam berturut-turut dengan aliran masuk bersih RM639.5 juta berbanding pelabur runcit tempatan yang merekodkan aliran keluar bersih minggu keempat berturut-turut berjumlah RM90.2 juta.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Sektor e-dagang Malaysia kekal berdaya tahan walaupun tingkah laku pengguna mengalami perubahan dan ketidaktentuan ekonomi global, dengan fasa pertumbuhan seterusnya dijangka menumpukan kepada pelaksanaan berbanding pengembangan khususnya dalam menyediakan perkhidmatan yang konsisten, mampu milik dan boleh dipercayai.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi Wall Street minggu lepas walaupun sentimen global yang perlahan berikutan musim cuti.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum meningkat pada Isnin, dibuka lebih tinggi untuk sesi ke-12 berturut-turut menjelang minggu dagangan yang singkat kerana cuti umum menjelang Tahun Baharu.