11bulan ago
KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (Mintred) sedang giat memperhalusi dan menambah baik polisi pelaburan di negeri itu, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
11bulan ago
Oleh Ahmad Erwan Othman dan Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN 2025, perlu menggalakkan penubuhan zon ekonomi rentas sempadan dalam kalangan negara anggota sebagai usaha meningkatkan potensi ekonomi negara jiran masing-masing.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang menunggu butiran terperinci perbincangan antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sarawak mengenai skop kerjasama antara syarikat minyak nasional itu dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros).
11bulan ago
KUCHING, 25 Feb (Bernama) -- Brunei berhasrat untuk meneroka peluang kerjasama baharu dengan Sarawak bagi memajukan inisiatif tenaga bersih.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) meningkat 22.5 peratus kepada RM490.26 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 daripada RM400.22 juta pada tahun kewangan 2023, seiring dengan peningkatan perolehan dan pendapatan operasi lain.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berhasrat untuk memastikan Malaysia dapat mencapai sifar eksport minyak sawit mentah (MSM) pada masa depan melalui usaha memperbanyakkan pengeluaran produk hiliran.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Feb (Bernama) -- Sejumlah RM643 juta diperlukan untuk membangunkan infrastruktur bagi adunan Biodiesel B20 sebagai pengganti B10 dan memperluas penggunaannya ke seluruh negara.
11bulan ago
MUKAH, 23 Feb (Bernama) -- Daro dijangka menerima bekalan elektrik sepenuhnya menjelang suku kedua tahun 2026, dengan pelaksanaan Fasa 3 Skim Elektrifikasi Luar Bandar (RES) di Passin.
11bulan ago
KUCHING, 23 Feb (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bersedia mengadakan perbincangan dengan Kerajaan Persekutuan bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
BANGI, 22 Feb (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Feb (Bernama) -- Kadar inflasi Malaysia kekal 1.7 peratus pada Januari 2025, dengan mata indeks berada pada 133.6 berbanding 131.4 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Sasaran pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) negara pada 2030 diunjurkan pada kadar 43 peratus berbanding purata global 17 peratus berdasarkan analisis terkini menggunakan data 2022, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.