BERITA TERKINI   Malaysia tidak mengorbankan kepentingan nasional demi mendapatkan layanan istimewa, sebaliknya rundingan bersama AS mengekalkan keunikan dasar negara - Tengku Zafrul | Pelaburan pembelian pesawat Boeing membolehkan Malaysia memanfaatkan potensi pertumbuhan industri pelancongan dan aeroangkasa - Tengku Zafrul | Pembelian pesawat Boeing oleh MAG berlandaskan keperluan menggantikan pesawat B737-800 yang secara purata telah beroperasi selama 14 tahun - Tengku Zafrul | Perolehan pesawat Boeing adalah sebahagian daripada pelan pembaharuan dan peluasan kapasiti armada yang bersifat jangka panjang serta berfasa - Tengku Zafrul | Tarif AS: dakwaan Malaysia akan serta-merta mengiktiraf sijil halal AS adalah tidak berasas - Tengku Zafrul | 

Terdapat 3848 berita berdasarkan kata kunci carian " negara"

Belanjawan 2025: Tera Minta Kuota SolaRIS Dilanjutkan, Liberalisasi Grid Berperingkat

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh BM Greentech Bhd, Tera VA Sdn Bhd berharap kerajaan melanjutkan program Pemeteran Tenaga Bersih (MEB) dan Skim Insentif Solar Untuk Rakyat (SolaRIS) dengan tambahan selama dua tahun dalam Bajet 2025 yang dijadual dibentangkan 18 Oktober ini.

Program Penyumberan Maya MATRADE Di MIHAS 2024 Capai Jualan RM347 Juta

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 dianggap berjaya, selepas segmen mayanya meraih jualan RM347 juta setakat ini. 

Jelajah Proton e.MAS 7 Bermula 5 Okt, Sasar Teraju Pasaran EV Negara

Oleh Zarul Effendi Razali

SHAH ALAM, 21 Sept (Bernama) -- Proton Holdings Bhd yakin Jelajah Proton e.MAS 7 akan membantu pengeluar kereta nasional itu untuk mencapai matlamat menjadikan Proton e.MAS 7 sebagai kenderaan elektrik (EV) paling laris di negara ini.

Bursa Malaysia Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi minggu depan, didorong sentimen keyakinan berikutan langkah penurunan kadar faedah yang besar oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS).

Ringgit Dijangka Cenderung Naik Berterusan Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) -- Ringgit dijangka cenderung untuk menaik berterusan pada minggu depan, diniagakan pada 4.1875 hingga 4.2025 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Suruhanjaya Tenaga Keluarkan Garis Panduan Sebagai Rangka Kerja Kawal Selia Untuk CRESS - Petra

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga akan mengeluarkan garis panduan sebagai rangka kerja kawal selia untuk pemain industri dan pihak berkepentingan yang berminat untuk menyertai Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS), menurut Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Pelaburan Digital RM185.3 Bilion Diluluskan Untuk Tempoh 2021-Jun 2024 - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelaburan digital berjumlah RM185.3 bilion telah diluluskan daripada 2021 hingga Jun 2024 termasuk projek daripada syarikat terkemuka seperti NVIDIA dan Amazon Web Services (AWS), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Berharap ASEAN Manfaatkan Visi Bersama Untuk Pertumbuhan Ekonomi - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia berharap ASEAN akan menerapkan visi bersama yang menumpukan kepada ekonomi, perdagangan, pelaburan, dan kerjasama dalam kalangan negara jiran bagi memastikan rantau ini kekal rancak.

Antara Muka Bahasa Inggeris Komitmen Taobao terhadap Pasaran E-dagang Malaysia 

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Pelancaran 'antara muka (interface) beta bahasa Inggeris' melambangkan komitmen Taobao terhadap pasaran e-dagang Malaysia selain meningkatkan kebolehcapaian dengan menumpukan kepada penyelarasan ciri-cirinya agar lebih mesra pengguna.

Eksport Lada Malaysia Bernilai RM86.4 Juta Sehingga Julai Tahun Ini - Chan

JOHOR BAHRU, 20 Sept (Bernama) -- Eksport lada Malaysia meningkat kepada RM86.4 juta bagi tempoh Januari sehingga Julai tahun ini berbanding RM80.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat di tengah-tengah kebimbangan berterusan mengenai kelembapan ekonomi di Amerika Syarikat (AS) dan China. 

MAHB Catat 12 Juta Penumpang Pada Ogos 2024

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) merekodkan sebanyak 12 juta penumpang melibatkan rangkaian lapangan terbangnya pada Ogos 2024.