Terdapat 623 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi malaysia"

Kenaikan 25 Peratus Kadar Pemberian Mengikut Bilangan Orang Kukuhkan Belanjawan Negeri

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Kenaikan 25 peratus dalam kadar pemberian mengikut bilangan orang kepada kerajaan negeri, berjumlah RM548 juta berkuat kuasa 2026, merupakan langkah signifikan untuk menyokong belanjawan negeri.

Malaysia Kaji Unjuran Pertumbuhan Ekonomi Susulan Penerimagunaan SNA 2025

PUTRAJAYA, 11 Mac (Bernama) -- Malaysia dijangka menghalusi unjuran pertumbuhan ekonomi susulan penerimagunaan Sistem Akaun Negara 2025 (SNA 2025) bagi meningkatkan ketepatan dan rangka kerja statistik yang lebih komprehensif, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Minat PIF Kepada AirAsia Bukti Keyakinan Dalam Pertumbuhan, AirAsia Enggan Ulas 

KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Minat Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi terhadap AirAsia menunjukkan keyakinan terhadap prospek kewangan syarikat penerbangan tambang rendah itu, dengan penganalisis penerbangan mengunjurkan pertumbuhan besar sekiranya pelaburan ini diteruskan.

Tangguh Cadangan Kenaikan Tarif Pelabuhan 30 Peratus - FMM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan cadangan kenaikan tarif pelabuhan sebanyak 30 peratus khususnya untuk pengendalian dan penyimpanan kontena.

Perbelanjaan Domestik, Pelaburan Kukuh Teguhkan Ekonomi Dalam Cabaran Global – HLIB

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Perbelanjaan domestik negara yang berdaya tahan dan rancangan pelaburan yang kukuh dijangka menyokong ekonomi dalam keadaan cabaran luaran berikutan ketidaktentuan perdagangan global, menurut Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Keputusan OPR Dijangka, Pendirian Dasar Semasa Sokong Pertumbuhan Ekonomi - MIDF, RHB IB

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia’s (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus semasa mesyuarat dasar monetari Mac 2025 dijangka secara meluas, menggariskan pendirian dasar kondusif semasa untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi.

Negara Kehilangan Tokoh Ekonomi Terkemuka Tan Sri Dr Kamal Salih

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Negara hari ini dikejutkan dengan berita pemergian tokoh ekonomi terkemuka, Tan Sri Dr. Kamal Salih, 78, di kediamannya di Southville City, Dengkil, Selangor.

OPR Kekal Pada 3.0 Peratus Pastikan Dasar Kewangan Fleksibel - Penganalisis

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus mencerminkan penyesuaian strategik dasar monetari yang memberikan fleksibiliti kepada bank pusat itu menghadapi perubahan keadaan ekonomi global dan domestik. 

OPR Konsisten Dengan Prospek Ekonomi Malaysia - Gabenor

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Mac:-

BNM Kekal OPR Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus semasa mesyuaratnya hari ini.

Ambank Biaya Pengambilalihan RM1.06 Bilion Bahru Stainless Dari Acerinox, Sepanyol

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- AmBank (M) Bhd telah memberikan kemudahan pembiayaan kepada Worldwide Stainless Sdn Bhd, sekutu Yankong Group untuk pengambilalihan Bahru Stainless Sdn Bhd dari Acerinox S.A, Sepanyol pada harga RM1.06 bilion.

ADV Pasaran Lonjak 50 Peratus Kepada RM3.15 Bilion Bukti Keyakinan Pelabur - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Prestasi pasaran modal Malaysia dengan purata nilai harian (ADV) tumbuh lebih 50 peratus kepada RM3.15 bilion pada 2024 berbanding RM2.06 bilion bagi tahun sebelumnya, mencerminkan keyakinan dan minat pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.