BERITA TERKINI   Liga Super: Perlawanan antara Sri Pahang FC dan Kuching City FC hari ini, ditunda atas faktor keadaan padang tidak sesuai untuk beraksi - MFL | Kerjasama PH, BN wajar diteruskan untuk kestabilan politik serta dasar kerajaan - PM Anwar | Penguasaan teknologi, AI dan digitalisasi perlu seiring dengan penekanan nilai manusiawi, akhlak serta agama - PM Anwar | MotoGP: Pelumba Prima Pramac Jorge Martin menang perlumbaan pecut GP Malaysia | 

Terdapat 886 berita berdasarkan kata kunci carian " f"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Rendah Susulan Pengambilan Untung

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.

Avaland Ekspresi Kehidupan Lestari Menerusi Avenue25

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pemaju hartanah Avaland Bhd menetapkan penanda aras baharu dengan menyasarkan semua fasa projek Avenue25 di Subang Jaya mencapai pensijilan GreenRE Gold.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini menjelang pengumuman data Indeks Harga Pengeluar Amerika Syarikat lewat malam ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di  Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin walaupun prestasi pasaran tunai pendasar lebih baik.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.

MPOB Meterai MoA Dengan Salcra, Mygro Trading Bagi Penyelidikan Sawit Di Sarawak

KUCHING, 14 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) hari ini memeterai memorandum perjanjian (MoA) dengan Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) dan Mygro Trading Sdn Bhd bagi penyelidikan bahan mentah alternatif untuk formulasi makanan ternakan berasaskan sawit serta mencegah ancaman penyakit tanaman.

DAT Percepat Sasaran Malaysia Capai Status Negara Berpendapatan Tinggi - Bank Dunia

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Penerimagunaan yang meluas dan peningkatan teknologi pertanian digital (DAT) akan mempercepat perjalanan Malaysia untuk mencapai status negara berpendapatan tinggi, menurut laporan Bank Dunia.

Pembekal Malaysia Catat Potensi Jualan RM1.24 Bln Di MPOF Kuala Lumpur 2024

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pembekal Malaysia mencatatkan potensi jualan sebanyak RM1.24 bilion semasa mesyuarat padanan perniagaan (BizMatch) bersama Forum Minyak Sawit Malaysia (MPOF) Kuala Lumpur 2024 yang diadakan pada 8 hingga 9 Oktober, 2024.

Pasaran Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Malaysia Diunjur Cecah US$48.41 Bilion Pada 2028

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Kerajaan Ada Ruang Untuk Optimumkan Perbelanjaan Tetapi Hasil Perlu Ditingkatkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Sambung Runding FTA Dengan EU, Perkukuh Dagangan Intra-ASEAN, Strategi Hadapi Kancah Geopolitik

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Selain mahu menyambung semula rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Kesatuan Eropah (EU), Malaysia juga telah mengemukakan permohonan menyertai BRICS dan sedang berbincang dengan kalangan negara ASEAN untuk memperkukuh perdagangan.