3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Sun Life Malaysia Takaful Bhd (SLMT) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) telah bersama-sama melancarkan ‘Program Inspirasi Pendidikan Kewangan Belia Negara (Sesi 2025/2026)’ sebagai langkah untuk membentuk generasi bertanggungjawab dan berdaya tahan dari segi kewangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) - Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) melancarkan dana pelaburan Dana Iklim+ dengan sasaran penggunaan RM2 bilion untuk mempercepat peralihan Malaysia ke arah ekonomi rendah karbon dan mampu bertahan impak perubahan iklim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- PMB Investment Bhd (PMB Investment), iaitu syarikat pengurusan dana Islam di bawah Pelaburan MARA Bhd telah mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 1.56 sen seunit, dengan agihan keseluruhan berjumlah RM3,210,618.35 bagi PMB Dana Bestari (Dana Bestari) untuk tahun kewangan berakhir 30 Sept, 2025.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sedang memantau rapi kemungkinan kemasukan barangan murah ke Malaysia susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif ke atas beberapa produk import, termasuk perabot, farmaseutikal dan semikonduktor.
3bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Ringgit memulakan dagangan hari ini dengan mencatatkan lebih kukuh berbanding dolar AS, disokong oleh sentimen pasaran domestik yang lebih baik dalam pelbagai perkembangan perdagangan global.
3bulan ago
Oleh Kenny Teng Khoon Hock
BANGKOK, 15 Okt (Bernama) -- MR. D.I.Y. Holding (Thailand) menyasar untuk mengumpulkan sehingga 5.6 bilion baht (US$173 juta) melalui tawaran awam permulaan (IPO) menjelang penyenaraiannya di Bursa Saham Thailand pada 5 Nov tahun ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- NexG Bhd menerima pelanjutan kontrak daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membekalkan kad pekerja asing (i-Kad) kepada Jabatan Imigresen.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) mencadangkan agar amalan kawal selia yang baik (GRP) dijadikan sebagai pemacu utama integrasi ASEAN untuk mengukuhkan daya saing serta tarikan pelaburan blok itu.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) - Ringgit dijangka meningkat ke paras RM3.93 berbanding dolar AS menjelang pertengahan 2026, disokong oleh asas ekonomi domestik yang kukuh dan pembaharuan fiskal serta kelemahan dolar AS, kata MARC Ratings Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- MoneyX dan Mandrill Tech Sdn Bhd telah melancarkan platform pengurusan perhubungan pelanggan (CRM) yang diperkasakan kecerdasan buatan (AI), Net7, yang dibangunkan dalam persekitaran kad perniagaan pintar.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Selasa apabila pelabur beralih kepada aset selamat untuk melindung nilai terhadap ketidaktentuan pasaran di tengah-tengah ketegangan perdagangan di antara Amerika Syarikat dengan China.