Terdapat 1670 berita berdasarkan kata kunci carian " susut"

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada dagangan awal Selasa.

Ringgit Diniagakan Mendatar Pada Sesi Awal Susulan Sentimen Berhati-hati

Oleh Anas Abu Hassan dan Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga dengan mendatar berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa ketika pelabur memilih untuk berada di luar pasaran, di tengah-tengah sentimen berwaspada menjelang mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS bermula lewat hari ini.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah Ketika Sentimen Risiko Global Semakin Baik

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada Isnin berikutan sentimen risiko global yang lebih baik, kata penganalisis.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Memuncak

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah apabila susut 0.21 peratus kepada 97.979 mata berikutan ketidaktentuan yang memuncak, kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih semula daripada penurunan pada sesi awal untuk ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh keyakinan terhadap segmen pusat data dan daya tahan saham di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari Sejajar Dengan Kebanyakan Pasaran Serantau

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah tengah hari ini seiring dengan kebanyakan pasaran serantau berikutan peniaga mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik Israel-Iran yang meningkat, kata penganalisis.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, meneruskan aliran penurunan minggu lepas, dipengaruhi oleh prestasi Wall Street yang rendah dalam situasi konflik meningkat di Timur Tengah antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

Ringgit Dijangka Diniagakan Mendatar Minggu Depan Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Ringgit diunjur diniagakan dalaam jajaran kecil minggu depan ketika pelabur kekal berhati-hati terhadap kebimbangan inflasi global ketika ini, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Diunjur Lebih Tinggi Minggu Depan Sejajar Kekukuhan Minyak Pesaing

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan lebih tinggi minggu hadapan sejajar dengan kenaikan harga minyak pesaing seperti minyak kacang soya dan minyak mentah.

Pasaran Getah Dijangka Kekal Mendatar Dalam Persekitaran Ketidaktentuan Tarif AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka kekal berada dalam aliran mendatar dengan kecenderungan tidak banyak berubah, didorong oleh ketidaktentuan ekonomi global dan tarif Amerika Syarikat (AS) yang kini dalam fasa penangguhan selama 90 hari, kata pakar industri, Denis Low.

Bursa Malaysia Dijangka Berada Pada 1,500–1,530 Minggu Depan

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dijangka berada antara 1,500 dan 1,530 minggu depan berikutan pasaran kekal berada di bawah tekanan dalam kebimbangan mengenai surat tarif unilateral yang dicadangkan oleh Washington dan ketegangan yang meningkat selepas serangan Israel ke atas Iran.

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.