1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- United Overseas Bank (Malaysia) Bhd hari ini melancarkan Program Pembiayaan Vendor Mampan (SVFP) yang menawarkan pembiayaan sehingga RM1 bilion untuk menyokong sektor perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia dalam usaha penyahkarbonan dan peralihan tenaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM5.757 bilion kepada 261,651 usahawan sehingga Ogos 2024 bagi meningkatkan kapasiti dan keupayaan perusahaan mikro, kecil, dan sederhana (PMKS) melalui program pembangunan secara bersepadu dan bersasar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Pelabur asing terus menjual ekuiti domestik selama tiga minggu berturut-turut, walaupun pada kadar yang lebih sederhana sebanyak RM45.7 juta, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Melaksanakan inisiatif di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) dan permohonan menyertai BRICS, antara strategi kerajaan untuk mengatasi kesan konflik geopolitik yang berpanjangan.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang kukuh bukan semata-mata didorong oleh pelaburan langsung asing (FDI) tetapi turut disumbang oleh pelaburan domestik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 13 Okt (Bernama) -- Proses libat urus Belanjawan 2025 telah dilaksanakan di semua negeri bagi memastikan kerajaan mengambil kira pandangan serta cadangan pelbagai pihak, industri dan rakyat di peringkat akar umbi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) -- RHB Banking Group menjangkakan Belanjawan 2025 akan membentangkan inisiatif strategik seimbang yang menangani keperluan segera ekonomi dan juga meletakkan asas kukuh bagi pertumbuhan masa depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Kerajaan dijangka memperuntuk perbelanjaan pembangunan yang lebih tinggi sebanyak RM94.5 bilion dalam Belanjawan 2025 daripada unjuran RM88.5 bilion pada 2024, untuk meningkatkan sektor infrastruktur.
1tahun ago
Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail
VIENTIANE, 12 Okt (Bernama) -- Pelabur Malaysia perlu merebut peluang pelaburan di Laos berikutan negara yang juga dikenali sebagai ‘Tanah Sejuta Gajah’ itu mempunyai potensi yang besar dalam sektor tenaga hidro, semikonduktor, pengangkutan, elektronik, logistik dan pasaran halal.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati dalam jajaran 1,630-1,650 minggu depan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Acara Enlit Asia 2024 yang baru sahaja berakhir menggesa negara anggota ASEAN untuk bersatu, memajukan pendigitalan dan memacu inovasi untuk mempercepatkan agenda peralihan tenaga rantau ini.