7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.
7bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Simposium Sasana 2025 Bank Negara Malaysia (BNM) yang berakhir hari ini, menjadi pentas bagi penegasan keperluan semasa dan mendadak untuk tindakan bersama memangkin pembaharuan struktur demi melonjakkan daya tahan Malaysia dalam jangka panjang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Kehadiran dan pelaburan syarikat-syarikat utama seperti syarikat minyak terkemuka Amerika Syarikat (AS) ConocoPhillips amat penting dalam menjamin kestabilan serta kemampanan tenaga negara.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kedudukan ekonomi Malaysia kekal stabil meskipun wujud ketidaktentuan perdagangan global, dengan optimisme terhadap rundingan perdagangan yang sedang diadakan, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memuji usaha Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berterusan mencari pendekatan baharu bagi meningkatkan kecukupan pendapatan persaraan rakyat Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 tahun ini sebelum memperkenalkan cukai karbon pada 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan institusi kewangan di negara ini digesa untuk bekerjasama dengan kerajaan dalam meningkatkan pemahaman orang ramai tentang langkah-langkah fiskal yang sedang dilaksanakan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan lonjakan membanggakan kedudukan Malaysia dalam laporan Penarafan Daya Saing Dunia (WCR) 2025 sebagai petunjuk jelas usaha reformasi Kerajaan MADANI sedang membuahkan hasil.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Dasar peralihan tenaga Malaysia perlu disesuaikan dengan realiti negara serta keupayaan tempatan dan bukan sekadar mematuhi tekanan antarabangsa, kata Pengerusi Malakoff Corporation Bhd, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) – Persidangan Energy Asia 2025 bertemakan “Delivering Asia’s Energy” di sini pada 16-18 Jun, 2025, menjadi platform tepat bagi Malaysia dan rantau ini menilai kemajuan mencapai matlamat peralihan tenaga serta memperkukuh komitmen negara ke arah sasaran pelepasan karbon sifar bersih.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- AirAsia yang juga penyokong utama keterangkuman ASEAN, kini menawarkan diskaun sebanyak 50 peratus kepada 12,000 petugas media yang layak untuk mengembara ke 57 destinasi di serata 10 negara anggota blok berkenaan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Menteri Ekonomi Datuk Seri Rafizi Ramli mengambil kesempatan menzahirkan ucapan terima kasih kepada beberapa individu yang banyak membantu beliau dalam mengusahakan inisiatif ekonomi di bawah Kementerian Ekonomi.