Terdapat 539 berita berdasarkan kata kunci carian " anak syarikat"

Public Mutual Umum Agihan Lebih RM34 Juta Untuk Empat Dana

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Public Mutual, anak syarikat milik penuh Public Bank mengumumkan pengagihan berjumlah lebih RM34 juta untuk empat dana bagi tahun kewangan berakhir 31 Januari, 2024.

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Seketika Sebelum Susut

KUALA LUMPUR, 31 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat sedikit pada sesi awal dagangan Jumaat sebelum susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati walaupun Wall Street mencatat prestasi semalaman yang positif, kata penganalisis.

MAHB Akan Dinyahsenarai Dari Pasaran Utama, Hari Terakhir Dagangan Pada 19 Feb

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan dinyahsenarai dari Pasaran Utama Bursa Malaysia kerana peratusan saham syarikat yang dimiliki oleh pelabur awam minimumnya kini kurang daripada 25 peratus.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Tinggi

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya tinggi hari ini.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan dagangan lemahnya untuk ditutup rendah hari ini susulan jualan yang berterusan apabila pasaran dipengaruhi oleh reaksi negatif Wall Street terhadap pengenalan model kecerdasan buatan (AI) DeepSeek oleh China, kata seorang penganalisis.

Unit Datasonic Terima Lanjutan Kontrak Bekal Cip Pasport, Nilai Kontrak Tambahan RM104.78 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan cip pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen.

Ekovest Peroleh Lanjutan Akhir Teruskan Perbincangan Penggabungan Dengan Knusford

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ekovest Bhd memperoleh lanjutan akhir selama enam bulan untuk meneruskan perbincangan mengenai cadangan penggabungan antara anak syarikat milik penuhnya, Ekovest Construction Sdn Bhd (ECSB) dengan Knusford Bhd.

Anak Syarikat MMAG Beli Pesawat Boeing Kedua Berharga RM29.12 Juta

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd membeli pesawat Boeing B737-400SF kedua dengan harga US$6.55 juta (RM29.12 juta) bagi perniagaan pengangkutan udaranya.

Anak Syarikat MRCB Terlibat Dalam Usaha Sama Bina Hospital Di Melaka

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Anak syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), MRCB Land Sdn Bhd, terlibat dalam usaha sama untuk membina sebuah hospital di Melaka.

Allianz General Tawar Insurans Harta Komprehensif Dengan Perlindungan Pintar

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Allianz Malaysia Bhd, melalui anak syarikatnya Allianz General Insurance Company (Malaysia) Bhd telah menawarkan pelbagai liputan tambahan untuk memenuhi keperluan perlindungan harta pelanggan melalui polisi perlindungan rumah pintarnya.

Petronas Pindah Pengendalian PSC Kluster Kebabangan Kepada ConocoPhillips

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Petronas telah memindahkan pengendalian Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) kepada ConocoPhillips Sabah Gas Ltd, anak syarikat kepada syarikat tenaga global ConocoPhillips.