Terdapat 1555 berita berdasarkan kata kunci carian " potensi"

Bina Puri Meterai MoU Dengan Hanil Electric, Sasar Projek Kilang US$50 Juta Di Sarawak

KUALA LUMPUR, 9 Sept (Bernama) -- Bina Puri Holdings Bhd menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan pengeluar peralatan isi rumah Korea Selatan, Hanil Electric Co Ltd, termasuk potensi membangunkan kilang pembuatan Hanil bernilai US$50 juta (RM220 juta) di Sarawak.

Tiada Gangguan Bekalan LNG Ketika Ini Di Kemudahan Bintulu - Petronas

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata operasi gas asli cecair (LNG) syarikat itu tidak terjejas dan tiada gangguan bekalan di kemudahan LNG miliknya di Bintulu, Sarawak.

Malaysia Ada Lebih 4,100 Pusat Pengecasan EV Seluruh Negara - Fadillah

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia memiliki sekurang-kurangnya 4,100 pusat pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh negara bagi memenuhi permintaan EV yang semakin meningkat, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Syarikat Malaysia Peroleh Jualan RM125 Juta Di Afrika - MATRADE

KUALA LUMPUR, 8 Sept (Bernama) -- Syarikat-syarikat dari Malaysia memperoleh jualan bernilai lebih RM125 juta termasuk RM13.6 juta dalam urus niaga disahkan semasa Misi Pecutan Eksport (EAM) ke Afrika Selatan dan Kenya dari 1 hingga 5 September, 2025.

Ekspo 2025 Osaka: Pavilion Malaysia Peroleh RM15.6 Bln Potensi Perdagangan Dan Pelaburan, Lepasi Sasaran Awal

OSAKA, 8 Sept (Bernama) -- Malaysia telah merekodkan kira-kira RM15.6 bilion potensi perdagangan dan pelaburan di Ekspo 2025 Osaka, melebihi sasaran awal sebanyak RM13 bilion, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

MITI Raih Potensi Pelaburan Bernilai RM450 Juta Dalam Sektor E&E Dan Jentera Dari Belanda

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) meraih potensi pelaburan bernilai RM450 juta dalam sektor elektrik dan elektronik (E&E) dan jentera daripada misi perdagangan dan pelaburannya ke Belanda baru-baru ini.

Perkhidmatan Keseluruhan Aerotrain KLIA Meningkat Meskipun Berlaku Gangguan Teknikal

PUTRAJAYA, 4 Sept (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) memberi jaminan kepada penumpang bahawa pihaknya kekal komited dalam menyediakan perkhidmatan yang selamat, boleh dipercayai dan cekap susulan isu teknikal yang menjejaskan perkhidmatan Aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam.

BNM Terus Kekalkan OPR, Isyarat Ekonomi Malaysia Kukuh - Pakar Ekonomi

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) menunjukkan keyakinan bahawa ekonomi semasa sesuai untuk menyokong pertumbuhan tanpa menimbulkan risiko pemanasan melampau atau ketidakseimbangan kewangan.

Tropicana Tebus Sukuk Wakalah RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Tropicana Corporation menebus satu lagi tranche program sukuk wakalah bernilai RM100 juta yang matang hari ini.

Malaysia Tumpu Tarik Pelaburan Teknologi Tinggi, RM190 Bilion Diluluskan Pada Separuh Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Malaysia memberi tumpuan menarik pelaburan berimpak tinggi dalam sektor teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tenaga boleh baharu dengan nilai keseluruhan pelaburan diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi mencecah RM190.3 bilion dalam tempoh Januari hingga Jun 2025.

Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak Buka Potensi Projek Penjanaan Baharu

KUCHING, 3 Sept (Bernama) -- Pindaan Ordinan Elektrik Sarawak baru-baru ini menandakan titik perubahan besar untuk sektor tenaga negeri, kata Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Datuk Seri Julaihi Narawi.

Cadangan Sambung Jajaran ECRL Ke Rantau Panjang Masih Pada Peringkat Awal Perbincangan - PM Anwar

BEIJING, 3 Sept (Bernama) -- Cadangan untuk menyambung projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) ke Rantau Panjang, Kelantan, yang bersempadan dengan Thailand masih pada peringkat awal perbincangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.