BERITA TERKINI   Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dana masjid, surau - Sultan Selangor | Sultan Selangor titah masjid dan surau hendaklah bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh politik kepartian | ISF Group Bhd mula didagangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 50 sen, premium 17 sen daripada harga IPO 33 sen, dengan 50.14 juta saham bertukar tangan | 

Terdapat 974 berita berdasarkan kata kunci carian " prospek "

Bursa Malaysia Meningkat Semula Selepas Dibuka Rendah, Disokong Keyakinan Ekonomi

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah pada Rabu namun, meningkat semula tidak lama selepas itu, disokong oleh pembelian berterusan di kaunter wajaran tinggi terpilih susulan keyakinan terhadap prospek ekonomi domestik, kata penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Berikutan Kebimbangan Fiskal

KUALA LUMPUR, 2 Julai (Bernama) -- Ringgit dibuka lebih tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, susulan kelemahan berterusan dolar AS berikutan ketidaktentuan fiskal dan risiko tarif di negara itu yang menjejaskan sentimen, kata penganalisis.

Kerjaya Prospek Beli Tanah Bernilai RM112.79 Juta Di Selangor

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Kerjaya Prospek Group Bhd akan memperoleh tiga buah tanah di Selangor berharga RM112.79 juta untuk meningkatkan bank tanah di lokasi strategik bagi pertumbuhan masa depannya. 

Belian Saham Wajaran Tinggi, Prospek Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Meningkat

KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan meningkat sedikit, disokong oleh aktiviti belian berterusan dalam saham-saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen optimis terhadap prospek ekonomi, kata penganalisis.

Untung Bersih Yinson Susut Kepada RM115 Juta Bagi Suku Pertama

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Yinson Holdings Bhd bagi suku pertama berakhir pada 30 April, 2025 susut kepada RM115.0 juta daripada RM203.0 juta yang dicatatkan semasa suku sama tahun kewangan 2025.

Aset Rizab Rasmi Malaysia US$119.59 Bilion Pada Akhir Mei 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$119.59 bilion (US$1= RM4.21) pada akhir Mei 2025 manakala aset mata wang asing lain berjumlah US$955.2 juta, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Diunjur Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Dengan Cenderung Meningkat

KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan, namun dengan kecenderungan meningkat berikutan sentimen pasaran yang konstruktif ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka daripada risiko di Timur Tengah, menurut penganalisis.

Pasaran Getah Malaysia Ditutup Bercampur-Campur

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis berikutan trend meningkat dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.

Malaysia Miliki Penampan Bagi Tangani Aliran Keluar Modal -- Wahid Omar

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia mempunyai penampan yang memadai bagi mengharungi cabaran ketidaktentuan, termasuk aliran keluar modal susulan kenaikan kadar faedah global, kata Profesor Praktis Pusat Antarabangsa Pendidikan Kewangan Islam (INCEIF) Tan Sri Abdul Wahid Omar. 

Indeks Pelopor Malaysia Kekal Positif, Tumbuh 0.5 Peratus Pada April 2025

KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Indeks Pelopor (IP) Malaysia mengekalkan pertumbuhan tahunan yang positif pada kadar 0.5 peratus dengan mencatat 113.6 mata dalam April 2025 berbanding 113.0 mata bagi tempoh sama 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Aktiviti Buru Saham Dorong FBM KLCI Ditutup Meningkat

Oleh Anas Abu Hassan and Danni Haizal

KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) melantun daripada penurunan awal dan ditutup lebih tinggi hari ini, didorong oleh aktiviti memburu saham-saham berharga rendah selain minat berterusan pelabur susulan sentimen berhati-hati terhadap prospek ekonomi global, kata penganalisis.