Terdapat 487 berita berdasarkan kata kunci carian " ai "

U Mobile Rancang Buka Lebih Banyak Rangkaian Kedai Di Seluruh Negara

SUBANG JAYA, 24 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd (U Mobile), pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia merancang untuk membuka lebih banyak rangkaian kedai di seluruh negara dalam tempoh dua tahun akan datang.

Perbincangan Dengan Yidu Tech Berpotensi Bangunkan Penjagaan Kesihatan Malaysia - Gobind

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Perbincangan bersama syarikat penjagaan kesihatan dan penyelesaian kecerdasan buatan (AI), Yidu Tech Inc berpotensi mewujudkan kerjasama bagi mengubah infrastruktur penjagaan kesihatan dan perubatan Malaysia.

Dasar Jelas Ekonomi Madani Bantu Malaysia Raih Pelaburan Utama Industri AI- PM Anwar

DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Kestabilan politik dan dasar jelas Ekonomi MADANI telah menggalakkan pemain utama dalam industri kecerdasan buatan (AI) termasuk syarikat semikonduktor untuk melabur di Malaysia.

Pertumbuhan Pusat Data Asean Dijangka Pada 20 Peratus Menjelang 2028

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Hasil pusat data ASEAN dijangka menyaksikan kadar pertumbuhan tahunan kompaun (CAGR) sebanyak 20 peratus menjelang 2028, menurut Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB).

FSBM Bekerjasama Dengan Syarikat China, Taiwan Lancar Platform Dikuasakan Ai

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- FSBM Holdings Bhd bekerjasama dengan Synergies Intelligent Systems yang berpangkalan di China dan Zhong Yang Technology Co Ltd dari Taiwan untuk memperkenalkan HMLV.ai, platform dikuasakan kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan pengurusan rantaian bekalan bagi mengubah industri logam rekaan Asia Tenggara.

HLB Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.5-5.0 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Sambutan 10 Tahun CLLA : Cyberview Azam Terus Perkasa Keusahawanan Masa Depan

CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.

Sekatan Eksport Cip AI Tidak Jejas Pusat Data Malaysia-- Liew

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Potensi sekatan oleh kerajaan Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (AI) tidak akan menjejaskan pusat data sedia ada di Malaysia, menurut Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

FSBM Meterai MoU Dengan VisionTech, Cydentiq Majukan Penyelesaian AI, Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan teknologi maklumat FSBM Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya FSBM I-Design Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan VisionTech Pte Ltd (VisionTech) dan Cydentiq Sdn Bhd (Cydentiq).

Program Pembangunan Vendor Tempatan MIDA-Infineon Beri Manfaat 139 Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.

MY-UAE CEPA Turut Beri Tumpuan Kepada Pembangunan Ekonomi Islam

ABU DHABI, 15 Jan (Bernama) -- Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-Emiriah Arab Bersatu (MY-UAE CEPA) yang dimeterai antara Malaysia dan UAE pada Selasa turut memberi tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi Islam.

Malaysia, UAE Meterai MoU Perkukuh Kerjasama AI Di Bawah Inisiatif MMAI

KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk menjalin kerjasama dalam bidang kecerdasan buatan (AI) sebagai sebahagian daripada Inisiatif Kecerdasan Buatan Malaysia MADANI (MMAI).