1tahun ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Ringgit terus ditutup rendah berbanding dolar AS pada Rabu apabila ketidakpastian berhubung keputusan pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) pada 5 Nov depan telah menjejaskan mata wang tempatan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 memperuntukkan dana yang besar, fiskal dan bukan fiskal, bagi memastikan kejayaan Strategi Semikonduktor Nasional (NSS), yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 dijangka mengekalkan keseimbangan antara merangsang pertumbuhan ekonomi dan mengukuhkan nilai mata wang, kata RHB Asset Management Sdn Bhd (RHBAM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Jumaat lepas, dilihat sebagai langkah positif ke arah sasaran jangka pertengahan Malaysia mengurangkan defisit belanjawan kepada 3.5 peratus menjelang 2027.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Langkah yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025 bertujuan membentuk semula ekonomi dengan merangsang pertumbuhan dan menarik pelaburan berkualiti, menurut penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Strategi pelbagai hala oleh kerajaan memperlihatkan tumpuan kepada konsolidasi fiskal di samping menyokong pertumbuhan ekonomi dan mengekalkan jaringan keselamatan sosial, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan anggaran awal menunjukkan ekonomi Malaysia berkembang 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, lanjutan daripada peningkatan kukuh 5.9 peratus pada suku tahun sebelumnya.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Ringgit diniagakan tinggi berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini, meneruskan momentum positif minggu lepas, didorong oleh minat belian yang berterusan terhadap mata wang tempatan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank (Kenanga IB) melihat Belanjawan 2025 sebagai pengembangan sederhana, kerajaan menyasarkan untuk mencapai keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan penyatuan fiskal.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 20 Okt (Bernama) -- Peruntukan terbesar dalam sejarah sebanyak RM421 bilion menerusi Belanjawan 2025 merupakan terjemahan hasil tatakelola yang baik, disiplin fiskal berhemat dan pertumbuhan ekonomi negara yang cepat, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- Pembentangan Belanjawan 2025 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam jelas memaparkan komitmen berterusan kerajaan terhadap aspek tanggungjawab fiskal dan pertumbuhan seimbang.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka kekal kukuh dalam jajaran kecil antara 1,655 hingga 1,665 ketika pelabur mencerna Belanjawan Malaysia 2025 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.