7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Industri minyak dan gas kekal bersiap sedia di tengah-tengah ketegangan geopolitik ketika ini walaupun keadaan masih tenang, kata presiden dan ketua pegawai eksekutif kumpulan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Tan Sri Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan mengutamakan rasionalisasi subsidi petrol RON95 tahun ini sebelum memperkenalkan cukai karbon pada 2026, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Harga minyak global melonjak berikutan jangkaan berlaku kejutan bekalan akibat konflik yang semakin memuncak di sekitar kawasan Selat Hormuz, menurut Petroliam Nasional Bhd (Petronas).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- MIDF Amanah Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran positif terhadap sektor hartanah Malaysia tahun ini dengan minat pembelian dijangka terus kukuh.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Pelancaran Karnival Bank Simpanan Nasional (BSN) Mikro MADANI Zon Pantai Timur di Pasar Payang, Kuala Terengganu merupakan satu inisiatif inklusif dan berfokus komuniti yang bertujuan memperkasa usahawan mikro serta menyokong pertumbuhan ekonomi tempatan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencerminkan prestasi kadar asas pasaran tunai berikutan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- New Energy Asia Sdn Bhd, usaha sama (JV) yang baru ditubuhkan antara HICOM Engineering Sdn Bhd (HESB) dan Hangzhou Flash Charging New Energy Co Ltd (HFC) China akan menjadi pengedar eksklusif pengecas kenderaan elektrik (EV) Lotus di seluruh rantau ASEAN.
7bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Serangan tentera Israel ke atas Iran awal hari ini telah menyebabkan harga minyak meningkat dengan ketara, sekali gus melonjakkan Indeks Tenaga Bursa Malaysia sebanyak 2.01 peratus kepada 740.76 mata berbanding 726.13 mata ketika ditutup semalam.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Selangor Information Technology & Digital Economy Corporation (SIDEC) menyasarkan sebanyak 30 syarikat daripada lima sektor utama menyertai program Retail-X 2025.