Terdapat 463 berita berdasarkan kata kunci carian " komersial"

E&O Lancar Pelan Induk Pulau Andaman

GEORGE TOWN, 20 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Malaysia, Eastern & Oriental Berhad (E&O) melancarkan pelan induk dengan nilai pembangunan kasar (GDV) bernilai RM60 bilion bagi pembangunan bandar terbaharunya, Pulau Andaman semalam.

Airbus Helicopters Sasar Pertumbuhan Di Malaysia, Rantau Asia Pasifik

SUBANG JAYA, 19 Nov (Bernama) -- Airbus Helicopters optimistik tentang pertumbuhannya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik menjelang 2025, dipacu oleh meningkatnya permintaan dalam sektor awam dan ketenteraan terutamanya untuk perkhidmatan perubatan kecemasan (EMS).

Malaysia Berada Dalam Kedudukan Untuk Menunjukkan Kepimpinan Dalam ASEAN -- Jetro, Jactim

Oleh Christine Lim

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan untuk menunjukkan kepimpinannya dalam ASEAN apabila ia memegang peranan sebagai pengerusi pertubuhan berkenaan tahun depan.

MTD Capital Teroka Pasaran Baharu, Sektor Berpertumbuhan Tinggi Untuk Pengembangan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- MTD Capital Bhd dalam usaha meneroka pasaran baharu dan sektor berpertumbuhan tinggi bagi memacu pengembangan masa depan, menilai kerjasama strategik dan peluang perniagaan dalam sektor hartanah dan lain-lain.

KLIMS 2024 Pamer Inovasi Automotif Termaju, Sasar 250,000 Pengunjung

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pertunjukan Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur 2024 (KLIMS 2024) menawarkan peluang kepada orang ramai untuk melihat inovasi terbaharu dalam industri mobiliti dan automotif.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

SOP Pengeluaran REE Mampu Kekang Ketirisan - Saarani

IPOH, 14 Nov (Bernama) -- Syor mewujudkan prosedur operasi standard (SOP) berhubung penguatkuasaan serta pengeluaran hasil nadir bumi (REE) merupakan langkah bagi mengekang ketirisan hasil negeri ke tangan pihak tidak bertanggungjawab.

Jualan Kenderaan Baharu Oktober Malaysia Susut Empat Peratus -- MAA

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Jualan kenderaan baharu Malaysia susut empat peratus kepada 69,859 unit pada Oktober 2024 berbanding 76,173 unit yang dicatatkan semasa bulan yang sama tahun sebelum ini, menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).

Wan Zaki, Pengasas Ahmad Zaki Resources Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pengasas Ahmad Zaki Sdn Bhd (AZSB) dan Penasihat Kumpulan kepada Ahmad Zaki Resources Bhd (AZRB) Tan Sri Wan Zaki Wan Muda, 75, meninggal dunia semalam.

Anak Syarikat 30 Peratus Solarvest Beroperasi Sebagai Penjual Tenaga

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik 30 peratus Solarvest Holdings Bhd, Selarong Pertama Energy Sdn Bhd (SPESB) telah menerima kelulusan Tenaga Nasional Bhd (TNB) untuk beroperasi sebagai penjual tenaga,

Hartalega Catat Penurunan Dalam Untung Bersih Suku Kedua Kepada RM8.63 Juta

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM8.63 juta bagi suku kedua berakhir 30 Sept, 2024 (tahun kewangan 2025) daripada RM27.70 juta pada suku yang sama tahun lepas.

TM Global Kembangkan Pusat Data Di Cyberjaya & Johor, Perkukuh Transformasi Digital Negara

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- TM Global, cabang perniagaan borong TM, akan mengembangkan Pusat Data Lembah Klang (KVDC) di Cyberjaya dan Pusat Data Iskandar Puteri (IPDC) di Johor, bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan pengehosan data domestik dan antarabangsa.