9bulan ago
GEORGE TOWN, 15 April (Bernama) -- Pulau Pinang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai hab pelaburan dan inovasi teknologi utama Malaysia, dengan pelaburan direalisasikan bernilai RM42.76 bilion dan mewujudkan hampir 9,000 peluang pekerjaan pada 2024.
9bulan ago
SEREMBAN, 15 April (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatatkan satu pencapaian penting apabila menerima kumpulan pertama 2,500 ekor lembu tenusu betina dari Chile ke ladang tenusu integrasinya di Gemas, Negeri Sembilan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Malaysia komited dalam usaha memacu peralihan hijau yang bukan setakat merangkumi kawasan sempadannya, malah di serata Asia Tenggara selain akan terus mengetengahkan dasar, teknologi serta amalan mampan yang memberi manfaat ke atas seluruh rantau itu.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Perbadanan Nasional Bhd (Pernas) mengumumkan pelantikan Datuk Nor Azam M. Taib sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu berkuat kuasa hari ini.
9bulan ago
Oleh Noor Baizura Basri and Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) – Tun Abdullah Ahmad Badawi, lebih mesra dikenali sebagai Pak Lah, seorang yang berperwatakan lembut tetapi berjiwa besar dan sentiasa berusaha melakukan yang terbaik untuk Malaysia dan rakyatnya secara saksama.
9bulan ago
JOHOR BAHRU, 13 April (Bernama) -- Syarikat subsidiari Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) dan Boustead Holding Bhd, BHPetrol bercadang membina sehingga 30 stesen minyak baharu di kawasan luar bandar di seluruh negara.
9bulan ago
Oleh Nurul Hanis Izmir
PUTRAJAYA, 13 April (Bernama) -- Malaysia bersedia untuk memegang peranan penting dalam memperkembangkan amalan perdagangan mampan dan inklusif apabila menjadi tuan rumah bersama Forum Perhutanan, Pertanian, Komoditi dan Perdagangan (FACT) 2025 buat kali pertama, dengan tumpuan utama kepada pekebun kecil dan pensijilan mampan.
9bulan ago
KOTA BHARU, 10 April (Bernama) -- Hibiscus Petroleum Bhd mencatatkan pendapatan sebanyak RM2.7 bilion tahun lepas dengan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melebihi RM1 bilion bagi tahun ketiga berturut-turut.
9bulan ago
KOTA KINABALU, 10 April (Bernama) -- Sabah mencatatkan jumlah pelaburan keseluruhan sebanyak RM6.5 bilion dengan 38.7 peratus daripadanya disumbangkan oleh sektor pembuatan pada tahun lepas, kata Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AmBank Group telah memberikan kemudahan pembiayaan RM307 juta kepada anak syarikat Chin Hin Group Bhd, Aricia Sdn Bhd dan Makna Setia Sdn Bhd, untuk menyokong beberapa pembangunan hartanah serta infrastruktur di Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berorientasikan eksport yang menyumbang lebih 99 peratus daripada ekosistem perniagaan ASEAN berisiko kehilangan US$237.5 bilion (US$1 = RM4.49) dalam hasil berpotensi jika mereka gagal beralih kepada amalan yang lebih lestari dan mampan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) telah menyelesaikan kerja-kerja pengorekan 38 terowong di sepanjang jajaran rel setakat ini, berikutan dua kejayaan di Selangor awal minggu ini.