Terdapat 1682 berita berdasarkan kata kunci carian " susut"

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

Sentimen Tarif AS Dorong Bursa Malaysia Susut 0.56 Peratus Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Keyakinan pelabur, termasuk di pasaran tempatan, terus diasak tekanan dalam senario perdagangan global yang goyah selepas Amerika Syarikat (AS) mengumumkan hasrat menghantar surat perincian tarif sepihaknya kepada rakan dagang dalam tempoh dua minggu ini, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan ekonomi.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini. 

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Didorong Sentimen Serantau Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih rendah berbanding peningkatan semalam, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di pasaran serantau.

Ringgit Terus Mengukuh Berbanding Dolar, Dipacu Kelemahan Data Ekonomi AS

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal urus niaga Jumaat, didorong oleh data ekonomi negara maju itu yang lemah, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tidak Berubah Susulan Prestasi Eksport Yang Kukuh

Oleh K Naveen Prabu and Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup mendatar hari ini di tengah-tengah kebimbangan berterusan terhadap peningkatan tahap pengeluaran dan inventori.

Niaga Hadapan Emas Terus Meningkat Susulan Jangkaan Potongan Kadar Faedah Fed

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan di Bursa Malaysia Derivatives meningkat untuk dua hari berturut-turut, didorong oleh data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah, yang mengukuhkan jangkaan pasaran bagi pemotongan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) AS akhir tahun ini.

Untung Bersih Bermaz Auto Susut Kepada RM155.9 Juta Bagi Tahun Kewangan 2025

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Keuntungan bersih Bermaz Auto Bhd (BAuto) susut lebih separuh kepada RM155.90 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2025 daripada RM345.58 juta yang dicatatkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Ringgit Terus Meningkat Berbanding Dolar AS Berikutan Ketidaktentuan Tarif

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Ringgit terus mengukuh berbanding dolar AS pada Khamis, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah, yang menyusut 0.25 peratus kepada 98.386 mata.

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis, walaupun pasaran tunai mencatatkan prestasi positif.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Tinggi Susulan Sentimen Serantau Berhati-hati

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup sedikit tinggi pada Khamis, dengan indeks utama meningkat 0.18 peratus, disokong oleh pembelian dalam saham berwajaran tinggi utiliti dan telekomunikasi.