27hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Lebih 25 syarikat menyertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2024 yang bermula hari ini, dengan lebih 2,000 siswazah mendaftar dalam acara dua hari itu bagi menghubungkan pencari kerja dan pemain industri.
28hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- ES Event Management Sdn Bhd (ES Event) menjangkakan syarikat Malaysia menjana potensi jualan bernilai RM3 bilion dalam acara Canton Fair 2024 pada 15 Okt-5 Nov ini di Guangzhou, China.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Heitech Padu Bhd tidak mengetahui apa-apa punca yang menyebabkan kenaikan mendadak dalam harga saham dan volum dagangannya, kata syarikat itu sebagai respons kepada pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia Securities Bhd.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pestech International Bhd (Pestech) memeterai perjanjian langganan bersyarat dengan Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd (DMIA) untuk cadangan terbitan terhad saham syarikat bernilai RM160 juta.
28hari ago
JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya JLand Group (JLG) telah melancarkan operasi kontenanya di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang dekat sini, semalam.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives melantun untuk ditutup lebih tinggi pada hari ini selepas disangga oleh permintaan yang stabil.
28hari ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar AS pada Jumaat, meningkat daripada penyusutan baru-baru ini.
28hari ago
SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berpotensi menjadi hab kargo di rantau ini, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook.
28hari ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
28hari ago
SEPANG, 4 Okt (Bernama) -- MMAG Holdings Bhd menyatakan syarikat itu tidak mengalami sebarang masalah aliran tunai atau tekanan kewangan, walaupun telah mencetuskan Perenggan 2.1(g) daripada Nota Panduan 3 (GN3) bagi keperluan penyenaraian Pasaran ACE.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia perlu dipelbagaikan dan tidak terlalu bergantung kepada syarikat multinasional dan keupayaan pembuatan untuk memperkukuh kedudukannya di pasaran global, terutama dalam menghadapi potensi gangguan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
28hari ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).