BERITA TERKINI   PM sahkan terima jemputan dari Emir Qatar untuk menghadiri Sidang Kemuncak Tergempar Arab-Islam di Qatar, 15 Sept ini. | Ancaman keselamatan LNG Bintulu tidak jejas pasaran eksport Malaysia - PM Anwar | AMMTC ke-19 setuju tiga Deklarasi Pemimpin-Pemimpin ASEAN dibawa pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47, Oktober ini - Saifuddin Nasution | RUU berkaitan anti buli dibentang di Parlimen Oktober ini - Azalina | Suri rumah didenda RM10,000 kerana buat hantaran palsu berbaur fitnah terhadap TYT  Sabah Julai lepas | 

Terdapat 512 berita berdasarkan kata kunci carian " yakin"

MNZFTA : Sektor Digital, Halal Antara Potensi Kerjasama Perdagangan Malaysia, New Zealand

LIMA (Peru), 15 Nov (Bernama) -- Kajian skop bagi memperkukuh Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-New Zealand (MNZFTA), bakal meliputi bidang kerjasama baharu seperti perdagangan digital dan pengiktirafan halal, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Pengukuhan Ekonomi Suku-3 Letak Malaysia Di Landasan Pertumbuhan 4.8-5.3 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) --  Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata prestasi kukuh ekonomi Malaysia pada Suku Ketiga (S3) 2024 mencerminkan keyakinan perniagaan dan juga pengguna terhadap ekonomi Malaysia dan pengurusan ekonomi kerajaan.

Inflasi Malaysia Diunjur Cecah Purata Antara 2.0 Hingga 3.5 Peratus Pada 2025 

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Inflasi Malaysia diunjurkan mencecah purata antara 2.0 hingga 3.5 peratus pada 2025, dengan mengambil kira langkah dasar domestik yang ditetapkan dalam Belanjawan 2025, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Rendah Semasa Akhir Sesi Dagangan Pagi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekang kenaikan awal apabila mengakhiri dagangan sesi pagi dengan prestasi rendah pada Jumaat, ekoran tekanan jualan dilihat di seluruh papan walaupun data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia adalah positif bagi suku ketiga 2024.

Nice Jangka Loji Larut Resap Sokor Utara Lonjak Perolehan Pada Suku Ketiga 2025

Daripada Engku Shariful Azni Tengku Ab Latif

TANAH MERAH, 15 Nov (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (Nice) berjaya mengoperasikan loji larut resap di Lombong Emas Sokor Utara di sini.

Kementerian Ekonomi Komited Pastikan Fasa Satu KRC Diduduki Pihak Industri Dalam Setahun

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kementerian Ekonomi komited untuk memastikan keseluruhan kawasan fasa satu Kedah Rubber City (KRC) diduduki pihak industri dalam tempoh setahun, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.

Trinity Group Lancar Trinity Sensoria, Perkenal Sistem Lima Ciri Perlindungan Bagi Kondominium

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Pemaju hartanah Trinity Group Sdn Bhd melancarkan projek kediaman terbaharu, Trinity Sensoria, yang memperkenalkan sistem lima ciri perlindungan yang pertama di Malaysia bagi kondominium.

PM Anwar Gesa Kerjasama Lebih Kukuh Dengan Selatan Global, Manfaatkan Potensi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan dengan negara-negara Selatan Global yang mempunyai potensi serta peluang baharu yang boleh dimanfaatkan.

Malaysia Harap Dapat Menyumbang Bagi Pembangunan Infra Pelabuhan Chancay, Peru - PM Anwar

Daripada M.Saraswathi

LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Sasar Jadi Pemimpin Serantau Dalam Kelestarian

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Malaysia komited untuk mencapai pelepasan gas rumah hijau sifar bersih menjelang 2050, meletakkan dirinya sebagai pemain global yang bertanggungjawab dalam menangani perubahan iklim walaupun menyumbang hanya 0.8 peratus daripada pelepasan global.

Syarikat Jerman Di Malaysia Yakin Stabil, Ekonomi Dijangka Positif 2025 - MGCC

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Syarikat Jerman di Malaysia yakin dengan prospek perniagaan masing-masing untuk 2025 yang mencerminkan sentimen positif mengenai situasi semasa dan prospek masa hadapan, menurut tinjauan AHK World Business Outlook Fall 2024.

Lawatan Rasmi Perdana Menteri Ke Mesir Jana Potensi Eksport Bernilai RM4.8 Bilion - MITI

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir telah berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Malaysia-Mesir, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion (US$1.1 billion) untuk Malaysia.