BERITA TERKINI   Liga Super: PDRM FC 1-1 KL City FC | 

Terdapat 774 berita berdasarkan kata kunci carian "rundingan"

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Pelabur Tunggu Hasil Ruindingan China-AS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia tidak berubah ketika dibuka pada Selasa kerana kebanyakan pelabur masih tidak memasuki pasaran ekoran ketidaktentuan pasaran semasa, menjelang hasil rundingan perdagangan antara China dan Amerika Syarikat.

Ringgit Dibuka Sedikit Tinggi Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 10 Jun (Bernama) -- Ringgit dibuka sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa susulan pelabur dan peniaga berhati-hati mengenai hasil rundingan perdagangan antara China dan AS.

Ringgit Ditutup Tidak Berubah Berbanding Dolar AS Menjelang Perbincangan AS-China

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Ringgit diniagakan dalam jajaran kecil berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran mata wang menjelang rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS)-China, kata seorang penganalisis.

Agensi Malaysia, Firma Jepun Meterai Lima MoU Kemampanan Sektor Komoditi Di Ekspo 2025 Osaka

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Agensi Malaysia memeterai lima memorandum persefahaman (MoU) dengan syarikat Jepun sempena Minggu Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) di Pavilion Malaysia di Ekspo 2025 Osaka untuk memajukan kemampanan, inovasi dan akses pasaran meliputi sektor komoditi utama.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Disokong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) --Bursa Malaysia mengakhiri dagangan dengan ditutup tinggi hari ini disokong oleh pembelian saham wajaran tinggi terpilih ketika peserta pasaran menunggu keputusan perbincangan peringkat tinggi antara Amerika Syarikat (AS)-China.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia ditutup bercampur-campur di tengah-tengah momentum penurunan pasaran niaga hadapan getah Jepun, kata peniaga.

Harga Saham Yinson Melonjak Berikutan Rundingan Ambil Alih Memasuki Peringkat Lanjutan - CIMB Securities

KUALA LUMPUR, 9 Jun (Bernama) -- Harga saham Yinson Holdings Bhd terus diniagakan tinggi sejak Jumaat lepas, mencecah RM2.39 pada 10.12 pagi selepas terdapat laporan bahawa firma pelaburan infrastruktur yang berpangkalan di New York, Stonepeak Partners berada dalam rundingan eksklusif untuk mengambil alih Yinson dalam perjanjian yang boleh menilai syarikat itu sehingga RM9 bilion.

Bursa Malaysia Dijangka Diniagakan Dalam Jajaran 1,500 Dan 1,530 Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dijangka diniagakan dalam jajaran 1,500 dan 1,530 mata minggu depan sementara menunggu pemangkin baharu pasaran, kata seorang penganalisis.

Pasaran Getah Dijangka Lengang Minggu Berikutan Ketidaktentuan Ekonomi Global

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 7 Jun (Bernama) -- Pasaran getah Malaysia dijangka kekal lengang minggu depan berikutan ketidaktentuan ekonomi global susulan penangguhan tarif Amerika Syarikat (AS) selama 90 hari.

Bursa Malaysia Ditutup Sedikit Rendah Menjejaki Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri minggu dagangan ini dengan ditutup sedikit rendah, menjejaki prestasi negatif yang dapat disaksikan di pasaran serantau, terutamanya dalam kalangan pasaran baru muncul, menurut seorang penganalisis.

Petronas Bakal Kurangkan 10 Peratus Tenaga Kerja - Tengku Muhammad Taufik

KUALA LUMPUR, 6 Jun (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) bakal mengurangkan 10 peratus daripada tenaga kerjanya dalam mendepani cabaran operasi yang sukar terutamanya disebabkan kejatuhan harga minyak mentah.

Malaysia Bawa Suara ASEAN Dalam Mesyuarat OECD Di Paris

KUALA LUMPUR, 5 Jun (Bernama) -- ASEAN menyatakan sokongan penuh kepada semua usaha untuk memperkukuh pasaran terbuka dan mendukung sistem perdagangan multilateral berdasarkan peraturan sebagai asas untuk pertumbuhan global yang mampan dan inklusif.