Terdapat 1096 berita berdasarkan kata kunci carian " fbm klci"

Kontrak Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 25 Julai Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Jumaat selepas mencatatkan kenaikan selama dua sesi berturut-turut, sejajar dengan prestasi pasaran global yang tidak menentu

Bursa Malaysia Ditutup Pada Paras Tertinggi Intra Hari

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi intra hari bagi sesi kedua berturut-turut pada Khamis, dipacu oleh keyakinan global dan pusingan terbaharu bantuan fiskal kerajaan yang menyebabkan pelabur kembali ke pasaran tempatan.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis sejajar dengan prestasi kadar asas pasaran tunai yang kukuh.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Dengan Prestasi Bercampur-campur

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka dengan prestasi bercampur-campur pada Khamis.

Bursa Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran melepasi paras 1,530 disokong oleh optimisme terhadap rundingan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China serta lonjakan sentimen positif susulan pengumuman Perdana Menteri semalam.

Bursa Ditutup Pada Paras Tertinggi Harian Susulan Belian Pada Saat Akhir

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Aktiviti belian semasa harga rendah berkaitan saham pengguna pada saat-saat akhir mendorong Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi harian pada Rabu, membolehkan pasaran memulihkan penyusutan pada dua sesi sebelumnya.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri dagangan Rabu dengan lebih tinggi, seiring dengan prestasi pasaran tunai pendasar.

Pengumpulan Terpilih Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 23 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka sedikit tinggi pada Rabu, disokong oleh pelabur yang mencari nilai menerusi pengumpulan terpilih.

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) --Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini sejajar dengan prestasi di pasaran tunai pendasar.

Bursa Malaysia Susut Pada Hari Kedua Berikutan Sentimen Melemah

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia susut 0.34 peratus ketika ditutup pada Selasa, penurunan hari kedua berturut-turut berikutan kekurangan sokongan belian dan ketiadaan petunjuk kukuh daripada indeks serantau utama yang terus menjejaskan sentimen pasaran.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi, naik 0.19 peratus pada pembukaan pagi ini, disokong oleh jangkaan aktiviti pembelian semasa harga rendah dalam persekitaran sentimen serantau yang bertambah baik.