BERITA TERKINI   PRK Kinabatangan, Lamag: 93 peratus pengundi awal laksana tanggungjawab - SPR | 

Terdapat 641 berita berdasarkan kata kunci carian " penyertaan"

Operasi Institusi Kewangan Kekal Berdaya Tahan – BNM

KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Kerugian kewangan akibat risiko operasi yang dilaporkan oleh institusi kewangan kekal rendah pada separuh kedua 2024, merangkumi hanya 0.03 peratus daripada jumlah modal sistem perbankan berbanding 0.05 peratus pada separuh pertama 2024.

Dasar Perindustrian Dipacu Inovasi Dan Reformasi Pasaran Buruh Boleh Tingkat Pendapatan Isi Rumah – BNM

KUALA LUMPUR 24 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan dasar perindustrian yang strategik dan dipacu inovasi serta pembaharuan pasaran pekerja boleh meningkatkan pendapatan isi rumah, kata kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Tokenisasi Bon Dan Sukuk Akan Diperkenal Tahun Ini - SC

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Tokenisasi bon dan sukuk, yang bertujuan untuk meluaskan penyertaan runcit dalam pasaran modal Malaysia, dijangka akan diperkenalkan pada tahun ini.

Penyertaan Pelabur Asing Dalam Pasaran Domestik Meningkat, Pegangan Dagangan Naik 36.2 Peratus Pada 2024

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Penyertaan dagangan pelabur asing di pasaran domestik meningkat kepada 36.20 peratus daripada jumlah aktiviti dagangan pada 2024 berbanding 29.51 peratus pada 2023.

Bursa Derivatif Dijangka Lancar Semula Kontrak SSF Pada Suku Pertama 2025

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Bursa Derivatif Malaysia dijangka melancarkan semula kontrak Niaga Hadapan Saham Tunggal (SSF) pada suku pertama 2025, kata Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini. 

Kepengerusian SC Bagi Forum ACMF Tumpu Usaha Perkasa Daya Tahan Pasaran Modal ASEAN

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Forum Pasaran Modal ASEAN (ACMF) yang dipengerusikan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) pada tahun ini akan membuka peluang untuk memperkukuh kerjasama serantau dan membina pasaran modal ASEAN yang lebih terhubung serta berdaya tahan.

Keazaman, Inovasi Dan Sokongan: Pemacu Utama Kejayaan Perniagaan Untuk Pemenang Cabaran BizSmart

Oleh Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pemenang BizSmart Challenge Accelerator Edition anjuran Alliance Bank Malaysia Bhd telah membuktikan bahawa keazaman, inovasi dan sokongan yang tepat penting untuk mengatasi cabaran perniagaan dan mencapai kejayaan yang mampan.

Kanada Pergiat Usaha Tingkat Dagangan, Pelaburan Termasuk Dengan Malaysia

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kanada sedang mempergiatkan usaha bagi meningkatkan aspek perdagangan dan pelaburannya, termasuk mengukuhkan hubungan dengan Malaysia selain menembusi pasaran baharu.

MPRC Gesa Penggiat OGSE Pertimbang Kerjasama Strategik

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia digesa mempertimbangkan kerjasama strategik untuk lebih berdaya saing dan mendapatkan lebih banyak peluang dalam peralihan tenaga di luar industri.

Ekuinas Melabur Dalam Bluesify Bagi Perkukuh Landskap Keselamatan Siber Malaysia

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Ekuiti Nasional Bhd (Ekuinas) melabur dalam firma keselamatan siber Bluesify Solutions Sdn Bhd (Bluesify) bagi meningkatkan landskap keselamatan siber Malaysia dan menyokong pengembangan syarikat.

AKPK Beri Manfaat Kepada 1.4 Juta Individu Sehingga Disember 2024 - Kementerian Kewangan

KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah memberi manfaat kepada hampir 1.4 juta individu melalui khidmat nasihat kewangan secara percuma dan membantu sekitar 495,000 peminjam melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) sehingga Disember 2024.

BNM Perhalus Ciri Keperluan Penyertaan Bagi Penanggung Insurans Dan Pengendali Takaful Digital

KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperhalus beberapa ciri keperluan penyertaan bagi penanggung Insurans dan pengendali takaful digital (DITO) dalam dokumen dasar rangka kerja pelesenan dan pengawalseliaannya bagi DITO yang dikeluarkan hari ini.