7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan menyokong pendekatan kerajaan yang menyeluruh dalam mencapai potensi perdagangan dan pelaburan sebanyak RM13 bilion di Ekspo 2025 Osaka, Kansai, Jepun.
7bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran
JOHOR BAHRU, 29 Mei (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) secara aktif sedang mentakrifkan semula seni bina ekonomi Johor di luar sektor tradisional dengan membentuk gelombang platform industri yang akan datang, bermula dari pembuatan termaju sehingga kepada teknologi makanan, infrastruktur digital, sistem ekonomi kitaran dan pertanian berasaskan kecerdasan buatan (AI).
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Bioekonomi Malaysia (Bioeconomy Corporation) sedang membangunkan ekosistem bersepadu yang merapatkan jurang antara inovasi dan kemampanan, memperkukuh ekonomi luar bandar dan meningkatkan kedudukan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam pembangunan hijau.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Forum Pengurusan Hutang Awam Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ke-20 mengkaji dan membincangkan bagaimana kerajaan boleh menangani dengan lebih baik lagi cabaran peningkatan tekanan kos pinjaman dan pembiayaan semula hutang.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Samaiden Group Bhd (Samaiden), Samaiden Legasi Timur Sdn Bhd (SLTSB), menandatangani perjanjian pajakan jangka panjang dengan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bagi pembangunan loji janakuasa fotovolta solar berskala besar (LSS) di bawah program LSS5 Malaysia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- ASEAN, Majlis Kerjasama Teluk (GCC), dan China mengulangi semula komitmen untuk memperkukuh kerjasama merentasi pelbagai bidang di samping mengorak langkah ke arah masa depan yang aman, makmur dan saksama.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- China kekal sebagai rakan dagang terbesar Malaysia selama 16 tahun berturut-turut dengan jumlah dagangan mencecah RM161.98 bilion (US$36.47 bilion) dari Januari hingga April 2025, dipacu oleh eksport barangan elektrik dan elektronik (E&E).
7bulan ago
KUCHING, 28 Mei (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) telah melabur sebanyak RM25 bilion di Sarawak tahun lepas, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Unit Tenaga Nasional Bhd (TNB), TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB Remaco) memeterai kerjasama usaha sama strategik dengan Al-Dhow Engineering General Trading & Contracting Co. W.L.L. dari Kuwait.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) -- Synergy ESCO, yang merupakan anak syarikat Malaysia kepada Unity Group Holdings International Ltd (Unity) yang disenaraikan di Hong Kong telah melancarkan set ESG Light pertama di dunia.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Kerajaan akan memastikan syarikat-syarikat telekomunikasi (telco) dapat menunaikan janji bagi menyediakan perkhidmatan yang pantas dan murah berpandukan Standard Mandatori Mengenai Penetapan Harga Akses (MSAP), kata Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mei (Bernama) -- Keuntungan bersih Malayan Banking Bhd (Maybank) telah meningkat kepada RM2.59 bilion pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 berbanding RM2.49 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini selepas dipacu oleh segmen perbankan korporat dan pasaran global.