4bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Batik Air akan mengukuhkan jejak serantaunya dengan pelancaran sembilan laluan baharu pada 8 Disember, 2025, satu perkembangan penting yang menggariskan cita-cita syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kesalinghubungan di Malaysia dan Asia Tenggara.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia melantun semula daripada dagangan hambar pada sesi sebelumnya dan mengakhiri minggu ini dengan ditutup kukuh disokong oleh aktiviti membeli saham berharga rendah.
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Switzerland yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa, sedang memperhebat usaha mengukuhkan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan ASEAN yang mana rantau itu menyasarkan untuk menjadi blok ekonomi keempat terbesar dunia menjelang 2030.
4bulan ago
SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Malaysia berada di landasan yang tepat bagi mencapai sasaran tenaga boleh baharu (TBB), dengan TBB sudah menyumbang sebanyak 30 peratus dalam campuran tenaga, iaitu menghampiri matlamat 31 peratus yang ditetapkan pada akhir tahun, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
4bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Sept (Bernama) -- Tatakelola kerajaan yang baik dan dasar ekonomi yang berkesan membolehkan Malaysia menurunkan harga petrol RON95 kepada RM1.99 seliter, sekali gus meringankan beban rakyat berbanding negara lain termasuk negara pengeluar minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 akan diadakan dari 16 hingga 18 Okt 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).
4bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- “Diplomasi ASEAN” menyerlah malam ini apabila durian dihidangkan kepada kalangan tetamu Makan Malam Gala sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-57 dan Mesyuarat Berkaitan, dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menawan tunas rasa mereka apabila menyifatkan rasa buah terkenal itu seakan-akan keju biru.
4bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN sedang membentuk ekosistem perdagangan dan pelaburan yang terbuka, tahan lasak dan bersedia menghadapi masa depan, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
4bulan ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) penanda aras ditutup sedikit rendah pada Rabu ketika pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada saham bermodal lebih kecil.
4bulan ago
JAKARTA, 24 Sept (Bernama) -- Nilai dagangan Malaysia dengan Sumatera Utara melebihi US$1 bilion (US$1=RM4.19) pada 2024, menjadikan Malaysia sebagai pelabur ASEAN kedua terbesar di wilayah itu, kata Konsul Jeneral Malaysia di Medan Shahril Nizam Abdul Malek.
4bulan ago
GEORGE TOWN, 24 Sept (Bernama) -- Sektor hartanah di Pulau Pinang mencatatkan peristiwa penting hari ini dengan pelancaran rasmi Westin Residences Pulau Pinang setinggi 69 tingkat - bangunan kediaman tertinggi di utara Malaysia, yang direka dengan struktur kalis gempa bumi.
4bulan ago
Oleh Maizatul Jamny Muhammad Rosli
KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- Pemfailan paten di ASEAN melonjak sebanyak 70 peratus sepanjang dekad lepas, menunjukkan pertumbuhan pesat harta intelek (IP) di rantau ini didorong oleh peningkatan inovasi dalam kalangan negara anggota.