10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak menerusi Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) mengukuhkan kehadirannya di peringkat global menerusi penyertaan dalam acara teknologi dan kesalinghubungan terkemuka dunia, Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) Barcelona 2025 yang berlangsung pada 3-6 Mac, 2025.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 27 Feb (Bernama) -- Pembuat serbuk kopi tempatan, Kluang Coffee Powder Factory Sdn Bhd, menyasar untuk meraih perolehan RM31.5 juta pada 2025, meningkat lima peratus daripada RM30 juta tahun lepas, dengan dipacu permintaan kukuh daripada pelanggan di pasaran fizikal dan dalam talian.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) memeterai perjanjian Kemudahan Pembiayaan Tawarruq berjumlah RM18.5 juta bersama Firma Atasan Sdn Bhd bagi menyokong fasa pertama Projek Perumahan Mampu Milik Juru Hills di Pulau Pinang.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Dodol Makndak, sebuah perniagaan mikro yang diusahakan seorang usahawan wanita di Pontian, menyasarkan untuk membuka sebuah kilang mini tahun ini bagi meningkatkan pengeluaran.
10bulan ago
JOHOR BAHRU, 26 Feb (Bernama) -- Replika Gambus dan corak Benang Johor antara “buah tangan” eksklusif yang disediakan untuk delegasi kenamaan sempena Permukiman Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 yang berlangsung di Desaru, Kota Tinggi.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 26 Feb (Bernama) -- Mesyuarat Persediaan Pegawai Ekonomi Kanan (Prep-SEOM) selama dua hari untuk Pemukiman Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) ke-31 bermula di Desaru dekat sini, hari ini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih Telekom Malaysia Bhd (TM) melonjak 7.8 peratus kepada RM2.01 bilion untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember berbanding RM1.87 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelum ini berikutan kos kewangan bersih yang lebih rendah dan pengiktirafan baki kredit cukai satu kali.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Peluang pelaburan Intra-ASEAN banyak yang belum diterokai dan usaha yang signifikan masih diperlukan bagi mencapai penjajaran pengawalseliaan serantau, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Abdul Ghaffour.
10bulan ago
Oleh Mohd Khairi Idham Amran and Norsyafawati Ab Wahab
KOTA TINGGI, 25 Feb (Bernama) -- Malaysia, selaku pengerusi ASEAN 2025 yakin Timor-Leste akan menjadi ahli baharu yang mampu memberi sumbangan positif kepada blok serantau itu, kata Setiausaha Bahagian Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Datuk Hairil Yahri Yaacob.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
10bulan ago
HANOI, 25 Feb (Bernama) -- Jumlah perdagangan antara Malaysia dan Vietnam pada 2024 menokok sebanyak 4.4 peratus kepada US$18.14 bilion (RM83.11 bilion) daripada US$17.38 bilion pada tahun sebelumnya yang memaparkan peningkatan dagangan dua negara anggota ASEAN itu.
10bulan ago
KOTA TINGGI, 24 Feb (Bernama) -- Pasukan Petugas Peringkat Tinggi mengenai Integrasi Ekonomi ASEAN (HLTF-EI) meraih pencapaian penting dalam beberapa bidang utama khususnya dalam memajukan aspek keutamaan serantau.