9bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) akan bekerjasama dengan rakan setara ASEAN untuk menggalakkan perniagaan menggunakan mata wang tempatan dalam memudah cara perdagangan di rantau ini, kata Timbalan Gabenor Datuk Marzunisham Omar.
9bulan ago
Daripada Karina Imran
PERTH, 26 Mac (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kini dalam proses memuktamadkan pemilihan syarikat penerbangan tempatan atau antarabangsa untuk mengambil alih slot sedia ada di Lapangan Terbang Subang (SZB) tidak lama lagi.
9bulan ago
SHAH ALAM, 24 Mac (Bernama) -- Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) sedia berkongsi kepakaran dan bersaing dengan tiga syarikat lantikan Kementerian Pengangkutan bagi melaksanakan perkhidmatan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) menjelang 2027.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Lebih 14,000 perniagaan dapat mengembangkan operasi masing-masing seperti yang dibuktikan oleh perolehan jualan dan pengembangan perniagaan yang lebih tinggi seiring dengan peningkatan pembiayaan terkumpul di bawah Institusi Kewangan Pembangunan (IKP).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Sebanyak 326 tindakan penyeliaan dan penguatkuasaan diambil pada 2024, dengan kebanyakannya melibatkan pencegahan pengubahan wang haram, pencegahan pembiayaan keganasan dan pencegahan pembiayaan percambahan (AML/CFT/CPF), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan kedua (NS2.0) dijangka dilancarkan pada suku keempat 2025 bertujuan mencapai matlamat utama dalam mempertingkatkan tahap literasi dan kesejahteraan kewangan rakyat Malaysia, berasaskan pencapaian NS1.0.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Industri perbankan Islam dan takaful Malaysia terus mencatat pertumbuhan positif pada 2024 dengan sumbangan industri perbankan Islam dalam keseluruhan sistem kewangan meningkat kepada 46.6 peratus tahun lepas berbanding 45.6 peratus pada 2023.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Malaysia mencatat pertumbuhan ketara dalam terbitan sukuk pelaburan mampan dan bertanggungjawab (SRI) yang mencecah RM11.9 bilion pada 2024 atau peningkatan hampir sembilan kali sejak terbitan sulung pada 2017, susulan sokongan rangka kerja sedia ada.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) menjangka akaun semasa negara kekal berdaya tahan dalam jangka sederhana, disokong oleh kekukuhan Malaysia yang berterusan dalam eksport pengilangan.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Empat penerbangan Malaysia Airlines dari Kuala Lumpur ke London terjejas akibat gangguan bekalan elektrik di Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom kata Malaysia Aviation Group (MAG).
9bulan ago
LABUAN, 21 Mac (Bernama) -- Cadangan pembangunan Fasa 1 Waterfront Labuan dijangka merancakkan pertumbuhan ekonomi serta memberi manfaat besar kepada penduduk pulau ini, kata Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Madya Dr Romzi Ationg.
9bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Top Glove Corporation Bhd berada di landasan yang tepat untuk mencapai sasaran jumlah jualan sebanyak 43 bilion helai sarung tangan menjelang akhir tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2025, didorong oleh peningkatan pesanan dan peningkatan kecekapan operasi.