BERITA TERKINI   Pelakon Nadia Kesuma yang dilaporkan hilang di Jeddah pada Khamis lepas meninggal dunia akibat sakit jantung - Suami | 

Terdapat 717 berita berdasarkan kata kunci carian " maybank"

Maybank Perluas Akses Pembayaran QR Ke Kemboja Melalui Aplikasi MAE

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- pelanggan Maybank yang melancong ke Kemboja kini boleh membuat pembayaran runcit KhmerQR secara serta-merta melalui Aplikasi MAE, pada bila-bila masa dan di mana jua dengan kadar pertukaran yang rendah.

INSKEN Sasar Bantu 25,000 Usahawan Mikro Dan Informal Tahun Ini

PUTRAJAYA, 15 April (Bernama) --  Institut Keusahawanan Negara Bhd (INSKEN) menyasarkan untuk membantu sehingga 25,000 usahawan di seluruh negara melalui 198 program latihan dan bimbingan yang akan dilaksanakan pada tahun ini.

Bursa Malaysia Meningkat Pada Sesi Awal Seiring Prestasi Wall Street

KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka meningkat pada Selasa, dipacu oleh sentimen positif susulan prestasi semalaman Wall Street yang kukuh.

Maybank Lancar Maybank Global Access Bagi Perbankan Antarabangsa Patuh Syariah

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Kumpulan Maybank melancarkan Maybank Global Access, penyelesaian inovatif yang mengintegrasikan akaun pelbagai mata wang patuh Syariah yang dikenali sebagai Maybank Global Access Account-i dengan kad debit Mastercard World Maybank Global Access.

Bursa Malaysia Ditutup Lebih Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada dalam wilayah negatif hari ini dengan mengakhiri minggu ini dalam keadaan suram, terjejas dengan penjualan saham mewah perbankan memandangkan pelabur terus menilai prospek perdagangan global.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia merosot daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah pada Jumaat, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan kebimbangan baharu mengenai prospek perdagangan global.

Penangguhan Tarif AS Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, CI Meningkat 4.47 Peratus

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meningkat semula dengan ketara untuk ditutup tinggi pada Khamis sementara indeks penanda aras melonjak 4.47 peratus, dalam keadaan sentimen pasaran yang bertambah baik di seluruh rantau susulan pengumuman penangguhan sementara tarif Amerika Syarikat (AS).

Tarif AS: Maybank IB Kekalkan Prospek Positif Terhadap Sektor EMS

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Maybank Investment Bank (Maybank IB) mengekalkan prospek positifnya terhadap sektor perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS) walaupun terdapat impak daripada tarif baharu yang memberi tekanan kepada penilaian sektor tersebut.

AS Tangguh Tarif, Bursa Malaysia Melonjak Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan Khamis dengan meningkat mendadak, menjejaki prestasi semalaman pasaran Wall Street selepas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan penangguhan sementara tarif, kata penganalisis.

Aktiviti Jualan Seret Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penyusutan pada akhir dagangan Selasa, diasak aktiviti jualan merentasi papan indeks di tengah-tengah bahang perang dagangan global yang kian meruncing dengan indeks penanda aras melepasi paras 1,400.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada tengah hari ini kerana sentimen pasaran kekal lemah dalam persekitaran kebimbangan terhadap langkah tarif yang agresif.