1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 5.3 peratus pada suku ketiga 2024, didorong oleh aktiviti pelaburan yang kukuh dan peningkatan eksport yang berterusan.
1tahun ago
Daripada M.Saraswathi
LIMA (Peru), 14 Nov (Bernama) — Malaysia berharap dapat menyumbang dalam usaha pembangunan infrastruktur di Pelabuhan Chancay yang terletak kira-kira 80 kilometer ke utara Lima, ibu negara Peru, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
Daripada M. Saraswathi
LIMA (Peru), 13 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan Peru di sini pada hari kedua lawatan rasmi beliau ke negara Amerika Selatan itu.
1tahun ago
JAKARTA, 13 Nov (Bernama) -- KPJ Healthcare Bhd membuka pejabat perwakilannya yang kelima di Indonesia terletak di Pekanbaru, Provinsi Riau pada Selasa, menurut Konsulat Malaysia Pekanbaru.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Pelaburan berterusan dalam projek pembangunan infrastruktur membolehkan Malaysia mengukuhkan kendudukan sebagai hab perdagangan dan pelaburan serantau serta meningkatkan daya saing di peringkat global, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Hanifah Hajar Taib.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) – Tawaran awam permulaan (IPO) Bursa Malaysia Bhd kembali mencatatkan lonjakan, mencerminkan keyakinan semula pelabur terhadap bursa tempatan itu ketika 2024 semakin melabuhkan tirainya.
1tahun ago
KUCHING, 11 Nov (Bernama) -- Sarawak diunjur mencatatkan pertumbuhan ekonomi antara lima hingga enam peratus pada 2024 berikutan permintaan luar yang kukuh, peningkatan aktiviti dalam negeri dan tekanan inflasi yang berkurangan.
1tahun ago
LIMA (Peru), 11 Nov (Bernama) -- Penari rakyat dengan pakaian berwarna-warni dan mempamerkan persembahan yang bertenaga, menambah elemen kemeriahan untuk meraikan Minggu Pemimpin Ekonomi APEC (AELW) dari 14 hingga 16 November ini di ibu kota negara Amerika Selatan itu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) melalui Rapid KL hari ini melancarkan pas MyTourist yang direka khas untuk memudahkan pelancong domestik dan antarabangsa menikmati pengangkutan awam di ibu kota.
1tahun ago
KUALA TERENGGANU, 8 Nov (Bernama) -- Syarikat pelaburan induk strategik kerajaan Terengganu, Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) memeterai dua memorandum persefahaman (MoU) dengan MB Holding LLC Group dari Oman untuk tujuan meneroka potensi kerjasama industri di negeri tersebut.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Pendigitalan menjadi faktor penting bagi kejayaan industri pelancongan Malaysia, terutama kepada pengendali hotel yang berhasrat berkembang maju dalam pasaran yang semakin kompetitif dan dinamik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.