10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Kecairan Islam Antarabangsa (IILM) telah menyelesaikan penerbitan semula dan pengeluaran agregat sukuk jangka pendek sebanyak US$710 juta (US$1 = RM4.440), tersebar dalam dua tenor berbeza: kematangan satu bulan dan tiga bulan.
10bulan ago
BANGI, 18 Feb (Bernama) -- Desatera Sdn Bhd, anak syarikat Dewina Holdings Sdn Bhd, optimis untuk mendapatkan lebih banyak projek dan mengembangkan jangkauannya pada 2025, selepas mencatatkan prestasi yang kukuh pada 2024 walaupun berdepan cabaran ekonomi, kata Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Feizal Nor Nurbi.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM441.39 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 berbanding RM383.40 juta pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Kesemua lima pengarah bebas bukan eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengemukakan peletakan jawatan mereka susulan penyahsenaraian syarikat itu daripada Bursa Malaysia berikutan pengambilalihan oleh Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Feb (Bernama) -- Thailand dan Malaysia sedang mempercepat usaha untuk memanfaatkan potensi perdagangan dan pelaburan rentas sempadan dengan sasaran mewujudkan koridor ekonomi yang berkembang maju di sepanjang sempadan kedua-dua negara.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Inflasi keseluruhan dan inflasi teras Malaysia bagi 2024 masing-masing turun kepada 1.8 peratus, berbanding 2.5 peratus dan 3.0 peratus pada 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) merekodkan pendapatan pelaburan tertinggi sebanyak RM18.0 bilion pada 2024 dengan pulangan keseluruhan 12.0 peratus.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia turun 5.1 peratus kepada 38,299 tan metrik pada Disember 2024 daripada 40,341 tan metrik pada November 2024, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Industri gas perlu mengatasi cabaran terutama dalam mendapatkan akses kepada pembiayaan, di samping beralih ke arah tenaga yang lebih bersih dan mampan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Bahagian penerbangan Capital A Bhd, AirAsia Aviation Group (AirAsia) telah membawa 63.18 juta penumpang pada tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 dengan faktor beban sebanyak 89 peratus, dipacu oleh permintaan yang mantap dan pertumbuhan kapasiti yang strategik.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka kekal stabil tahun ini, dengan julat antara RM4,500 hingga RM5,000 setiap tan, menurut penganalisis.
11bulan ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih tinggi bagi hari keempat berturut-turut, didorong oleh belian saham-saham, terutama teknologi dan pembinaan menjelang pengumuman laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.