BERITA TERKINI   MINDEF laksana pembaharuan tatacara dan tatakelola menerusi lima langkah utama bagi tutup ruang rasuah, salah guna kuasa - Mohamed Khaled | MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke | JPJ perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya - Loke | Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dana masjid, surau - Sultan Selangor | Sultan Selangor titah masjid dan surau hendaklah bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh politik kepartian | 

Terdapat 805 berita berdasarkan kata kunci carian "ree"

SEAcare 2025 Jana Potensi Jualan RM1.1 Bilion

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pameran Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara ke-25 (SEAcare 2025) telah menjana lebih daripada RM1.1 bilion dalam potensi jualan dan dalam edisi seterusnya, mahu mencapai sasaran jualan sebanyak RM1.5 bilion.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi ini dengan lebih rendah, didorong oleh jualan yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih dalam keadaan kekurangan pemangkin baharu.

Tarif : Rundingan Malaysia-AS Lancar, Banyak Isu Boleh Diselesaikan - Tengku Zafrul  

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Perbincangan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif timbal balas setakat ini berjalan lancar dengan banyak isu boleh diselesaikan manakala sebahagian lagi memerlukan penelitian lanjut, khususnya berkaitan sektor strategik negara.

Bursa Malaysia Dibuka Hampir Tidak Berubah

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka hampir tidak berubah pada Khamis dalam persekitaran reaksi bercampur-campur terhadap prestasi semalaman Wall Street dan para pelabur menunggu keputusan pendapatan korporat. 

Akta Pembaharuan Semula Bandar Buka Kelebihan Ketara -- PropertyGuru Malaysia

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad and Nur Atiq Maisarah Suhaimi

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Akta Pembaharuan Semula Bandar, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen menjelang Julai ini, mampu membawa manfaat yang signifikan seperti pemeliharaan warisan, menghidupkan semula komuniti dan menjana impak ekonomi, kata Pengurus Negara PropertyGuru Malaysia, Kenneth Soh. 

FBM KLCI Rendah Sedikit Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri sesi dagangan pagi ini lebih rendah, dipengaruhi oleh sentimen berhati-hati berikutan isyarat bercampur-campur daripada prestasi Wall Street dalam tempoh semalaman.

FBM KLCI Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) memulakan dagangan Rabu dengan meningkat seketika sebelum susut, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur ketika pelabur terus meneliti data inflasi Amerika Syarikat (AS).

Tengku Zafrul Di Korea Selatan Hadiri Mesyuarat MRT APEC, Perkukuh Platform Dagangan Pelbagai Hala

Daripada Muhammad Muzammil Abdullah

JEJU (Korea Selatan), 14 Mei (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengetuai delegasi Malaysia ke Jeju, Korea Selatan untuk menyertai Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali ke-31.

Nextgreen Global Tembusi Pasaran Libya Dengan Baja Berasaskan Biojisim Kelapa Sawit

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Nextgreen Global Bhd (NGGB) melalui anak syarikat milik penuhnya, Nextgreen Fertilizer Sdn Bhd, kini memasarkan produk baja berasaskan biojisim kelapa sawit ke pasaran Libya.

Bursa Malaysia Tinggi Pada Tengah Hari

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan pasaran global menyaksikan dorongan yang tinggi terhadap aset berisiko susulan rundingan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang optimis.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan minggu ini dengan sentimen positif hari ini, sejajar dengan kenaikan di Wall Street selepas Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju untuk menghentikan sementara pertikaian perdagangan mereka selama 90 hari.

Ekonomi Terbesar Dunia AS, China Capai Persetujuan Awal Pengurangan Tarif 90 Hari Selepas Rundingan Di Geneva

GENEVA, 12 Mei (Bernama-Anadolu) – Amerika Syarikat (AS) dan China bersetuju melaksanakan pengurangan besar-besaran tarif timbal balik selama 90 hari sebagai langkah awal, sekali gus memberi kelegaan dalam konflik perdagangan berpanjangan antara kedua-dua kuasa ekonomi dan meningkatkan harapan terhadap kestabilan ekonomi jangka panjang, menurut satu kenyataan bersama dikeluarkan AS pada Isnin.