BERITA TERKINI   Malaysia memasuki 2026 dengan ekonomi berdaya tahan walaupun persekitaran global terus tidak menentu - PM Anwar | PM Modi amat berbesar hati jadi pemimpin asing pertama kunjungi Malaysia tahun ini menjelang kemeriahan musim perayaan | Hubungan antara Malaysia, India mencapai tahap baharu - PM Anwar | 

Terdapat 5427 berita berdasarkan kata kunci carian " 2025"

PM Anwar Ketengah Agenda ASEAN Di Pentas WEF 2025

Daripada Anas Abu Hassan

DAVOS (Switzerland), 20 Jan (Bernama) -- Sejajar dengan peranan sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka mengetengahkan suara kolektif negara anggota blok itu di pentas dunia ketika menghadiri Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di sini.

Saham MAHB Naik Selepas Dagangan Dihentikan Susulan Laporan Ambil Alih

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Dagangan saham-saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), yang digantung pada jam 9 pagi Isnin dan disambung semula sejam kemudian, memaparkan prestasi yang positif.  

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives susut dalam sesi awal dagangan pada Isnin.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, walaupun Wall Street mencatatkan prestasi kukuh menjelang majlis pelantikan Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) hari ini.

Bank Islam Perkenal Kad Kredit Baharu Untuk Pelanggan Mewah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif. 

HLB Unjur Ekonomi Malaysia Tumbuh 4.5-5.0 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).

Niaga Hadapan FBM KLCI Bergerak Seiring Pemulihan Pasaran Tunai Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak seiring pemulihan pasaran tunai pendasar, dengan jangkaan pemulihan yang berterusan minggu depan.

Niaga Hadapan MSM Jangka Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka menyaksikan pengambilan untung pada minggu depan.

Niaga Hadapan Emas Dijangka Kekal Disokong Minggu Depan Sewaktu Ketidaktentuan Dasar Trump

KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka kekal disokong dengan baik walaupun dasar Donald Trump yang tidak menentu, kata seorang penganalisis.

Bank Islam Sasar 800 Langganan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth Tahun Ini

KUALA LUMPUR, Jan 17 (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd menyasarkan 800 langganan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth yang baru dilancarkannya menjelang akhir tahun ini.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Kebanyakannya Tinggi

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih tinggi pada Jumaat, walaupun berdepan tekanan berikutan permintaan yang agak lemah.

U Mobile Lancar 5G Dalam 15-18 Bulan Lagi, IPO Sebelum Akhir 2025

KLANG, 17 Jan (Bernama) -- U Mobile Sdn Bhd, pengendali rangkaian 5G kedua Malaysia merancang untuk melancarkan rangkaian 5G kedua dalam tempoh 15 hingga 18 bulan akan datang, menurut Pengerusi Tan Sri Vincent Tan.